Sunday, 1 December 2013

Percintaan



Assalamualaikum and hye readers ^_^


Harini nak share sikit tentang percintaan..cewaahh..cara cakap macam dah kahwin dan layak bercinta :3
Hehehe :D
nak bajet matang sat..ngee~

Macam mana kita nak tahu seikhlas mana kita mencintai seseorang itu?? Ikhlasnya kita kepada dia ialah apabila kita tidak meruntuhkan maruahnya, tidak menyakitinya dengan sengaja dan mengajaknya membuat maksiat dan kejahatan sebaliknya kita sering mengajaknya membuat kebaikan.. 

Tapi yang paling ikhlas cinta dalam diam..iaitu mencintai seseorang tanpa ada orang yang mengetahuinya.. kedengaran mcm sedih je.. cinta itu sebenarnya lebih baik..why ?? sbb kita hanya mencintai seseorang yang tak pasti dalam diam..yang mampu kita buat hanya mencintai dan mendoakannya dalam diam..

But seriously bila awak mencintai seseorang dalam diam awak akan tahu betapa ikhlas dan setianya awak pada dia even dia tidak melihat awak dan merindui awak even mengucapkan perkara yang sama dekat awak.. percintaan tak semestinya perlu ada pertemuan dan perhubungan.. bagi saya cinta adalah apabila hati kita selalu mengingatinya.. selalu menyayangi dan mendoakannya dalam solat dan doa kita.. susahkan nak bercinta tanpa berjumpa ? why ?? Syaitan yang sering menghasut kita untuk merosakkan sesuatu percintaan.. melainkan jika awak dan dia sudah berkahwin.. itu memang sudah halal untuk awak berjumpa dengannya.. tetapi bagi yang belum mendirikan rumahtangga belumlah halal untuk awak berjumpa dengannya secara persendirian melainkan situasi dan tempat yang mengizinkan..

Yes..Oleh itu janganlah kita mendekati sesuatu yang tidak baik..

La taq’rabul zina - janganlah engkau menghampiri zina..

Rindui dan sayangi dia dalam mendapat redha Allah.. janganlah melebihkan cinta awak kepada dia daripada cinta awak kepada Allah.. jika sudah..insyaAllah cinta awak diredhai..banyakkan berdoa wahai sahabatJ
Oleh itu..berdoalah dan senyumlah ..percayalah perancangan Allah yang terbaik dan betul.. jika awak benar cintakan dia.. peganglah hatinya untuk seberapa lama tapi jangan pegang tubuhnya , insyaAllah.. jika memang benar jodoh..awak pasti akan bersama dengannya J

Disini saya nak share lirik sebuah lagu..dah lama dah saya dapat lirik nie..


Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan seandainya telah kau catatkan,
dia milik ku tercipta utk diriku,
satukanlah hatinya dgn hatiku,
titipkan kebahagiaan.

Ya Allah ku mohon apa yang telah kau takdirkan,
ku harap dia adalah yg terbaik buatku,
kerana engkau tahu segala isi hatiku,
pelihara daku dari kemurkaanmu.

Ya Tuhanku yg maha pemurah,
Beriku kekuatan jua harapan,
membina diri yg lesu tak bermaya,
Semaikan setulus kasih dijiwa.

Ku pasrah kepadamu ,
kurniakanlah aku pasangan yg beriman,
bisa menemani aku supaya ku dan dia,
dpt melayar bahtera ke mara cinta yg kau redhai..

Ya Allah..oh Tuhan..seandai dia..satukanlah

Ya Allah ku mohon apa yg telah kau takdirkan,
ku harap dia adalah yg terbaik buatku,
Kerana engkau tahu segala isi hatiku,
pelihara daku dri kemurkaanmu.

Ya Tuhanku yg maha pengasih,
kau sahaja pemelihara aku,
dgrkan rintihan hambamu ini,
jangan engkau biarkan ku sendiri.

Agarku bisa bahagia walau tanpa bersamanya,
gantikanlah yang hilang,
tumbuhkanlah yang telah padam,
ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat,
padamu Tuhan ku mohon segala…



No comments:

Post a Comment