Assalamualaikum and hye readers ^_^
waahhh..rasa mcm dah lama sgt tak menaip utk blog..ngehngeh :D
Terasa macam mimpi fiqa dah menjangkau 20 tahun terasa
tua yg amat…omgiaqqq !!
Hehe..ape pun..alhamdulillah..bersyukur kehadrat Ilahi
sebab fiqa masih dapat bernafas dan meminjam nyawa dan jasad daripada Allah
untuk terus berbakti dan menjadi khalifah dimuka bumi ini..
Seronok sebenarnya bila dah nak naik usia walaupun
sebenarnya sedih jugak sebab tak sangka fiqa dah tua gilaqq..eheh :3
Alhamdulillah jugak sebab sebelum sampai umur fiqa..Allah
buat penghapusan dosa dekat fiqa iaitu fiqa terlantar di hospital selama lebih
dari seminggu kerana demam panas..Ya Allah sakit penghapusan dosa itu tetapi
itulah kebahagiaan..dari situ fiqa menjadi seorang yang lebih bersyukur..selama
nie duk dapat nikmat itu sampai kurang bersyukur dan kadang-kadang itu nikmat
itu tidak disyukuri..Alhamdulillah dengan ujian itu fiqa menjadi lebih baik.. J
Cerita pasal tahun baru…oh of course fiqa ada azam tahun
baru..acewahh..almaklum birthday fiqa jatuh pada 1 Januari iaitu awal tahun
baru..dulu waktu kecil fiqa sedih dengan tarikh lahir fiqa nie sebab setiap
kali hari lahir fiqa semua orang sibuk dengan persiapan persekolahan sehingga
lupa dengan hari lahir fiqa…tpi memg fiqa jarang sambut hari lahir..kalau dah
ada orang ingat pun besaq tuah sangat..heh.. so mostly orang hanya bagi hadiah
dekat fiqa tpi jarang la dapat yang grand..hadiah yg paling bermakna adalah
fiqa masih dapat bersama dengan orang fiqa sayangi dan cintai iaitu ibu bapa
dan seluruh ahli keluarga fiqa.. Alhamdulillah J
Fiqa sentiasa
bersyukur dan gembira dengan kehidupan fiqa sekarang..dikurniakan sebuah
keluarga yang bahagia dan nikmat dari Allah itu terlalu banyak sehingga tak
terkira dan tak ternilai..tidak mampu nak mengira semuanya
Bukankah dalam al-Quran ada menyebut
Jika
kamu mahu menghitung nikmat Allah..maka tidak akan terhitung banyaknya..
-Surah An-Nahl : 18
Sebab itu cita-cita dan
azam fiqa tahun nie masih tidak berubah seperti tahun-tahun lepas..saya nak
menjadi anak yang solehah dan menjadi seorang pelajar yang berjaya didunia dan
akhirat..InsyaAllah..
Memang rasa sangat susah tapi sebenarnya nak berkhidmat dan terus
berusaha menjadi seorang muslimah dan mukminah itu suatu kebahagiaan sbenarnya..membuat
kebaikan dan terus berdakwah di jalan Allah itu suatu nikmat sebenarnya..jikalau
kita betul-betul menghayati tujuan hidup kitayang sebenar.. macam pada fiqa itulah
kemanisan iman yang dicari.. tetapi nak capai tahap kemanisan iman itu payah
kecuali orang yang benar-benar berusaha sahaja mampu..siapa kata kita tak
boleh?? Kita pasti boleh..Allah tidak pernah membandingkan hamba-Nya dari segi
pangkat,usia,gaji atau rupa..Allah hanya meletakkan unsur taqwa..taqwa itu yang
membezakan kita sebenarnya,,fiqa percaya sesiapa sahaja dapat menjadi kecintaan
Allah jika kita berusaha.. dan itu cita-cita fiqa.. selamanya..selagi fiqa
tidak mendapat kemanisan iman yang sebenar fiqa tidak akan pernah berhenti
berusaha.. itu janji saya kepada ibu bapa fiqa.. fiqa mahu membahagiakan
mereka.. fiqa mahu membuatkan mereka berasa bangga mempunyai anak seperti fiqa..
jikalau pun fiqa pergi tinggalkan mereka, mereka tidak berasa sedih malah
mereka bangga kerana mempunyai anak yang
dapat membahagiakan mereka..
Hidup ini penuh dugaan..jika kita nak tengok yang Allah itu sayang sangat kita Dia kenakan kita
ujian dan dugaan..kerana itu adalah tanda kasih sayangnya kepada kita..tnda dia
peduli dengan kita dan tanda dia sentiasa dengan kita..Lagi berat ujian itu
lagi banyak ganjaran dan lagi banyak sayangNya kepada kita..
Setiap kali fiqa down..entah kenapa fiqa berasa sentiasa ada yang
member kata-kata semangat dan membisikkan kepada fiqa..fiqa tahu fiqa ada
Rasulullah yang sentiasa bersama fiqa..Yang sentiasa tidak pernah meninggalkan
fiqa..Bagaimana kita mahu Rasulullah bersama kita??
Berselawatlah sayangku..Selawat itu penghubung kita dengan kekasih
Allah..
Orang selalu cakap yang fiqa nie baik lah..solehah
lah..Alhamdulillah Allah masih menjaga aib fiqa..dan insyaAllah fiqa akan
menjadi seperti doa kalian..sebenarnya sahabatku..fiqa nie sebenarnya seorang
pendosa ..Siapa kata fiqa tidak pernah buat dosa?? Tipulah sangat tetapi fiqa
tetap kuat dan terus berubah kerana pada fiqa apalah gunanya hidup didunia ini
sekadar untuk keneraka dan sekadar buat kejahatan..sia-sia sahaja wahai
sahabat..sia-sia sahaja..Allah itu buat syurga untuk kita tetapi kita dengan
bangga dan bongkahnya buat kejahatan tanpa memikirkan balasan nanti..sedih lah
wahai sahabat..tidak takutkah kamu dengan azab nanti??
Nak buat kejahatan senang tapi nak buat kebaikan susah..tahu tak
sebab apa?? Sebab balasan disyurga itu terlalu la indah dan terlalu
menyeronokkan..tetapi di neraka Allah sendiri kata yang neraka tempat yang
paling buruk dan paling teruk..sedangkan tempat paling teruk kita jumpa dekat
dunia tetapi neraka itu berganda lebih teruk wahai sahabat..tidak takutkah
kamu??
Selalu orang akan cakap..eleh dia cakap macamlah dia kan masuk
syurga..bajet alim..bajet suci la..Ya Allah untuk sahabat yang begitu..kita nie
wahai sahabat..cita-cita kita hidup didunia adalah untuk kesyurga..saya
bercita-cita untuk kesana..kalian tidak mahu?? Minum air susu didalam sungai
disyurga?? Makan buah buahan yang enak?? Berjumpa dengan Allah dan kekasih
Allah?? Tidak mahu?? Lebih memilih untuk dirobek isi perut?? Lebih memilih
untuk berada ditempat panasnya 70 kali ganda api dunia??lebih memilih untuk
disiat-siat kulit?? Ya Allah.. memang tersangat rugi kalian.. bagaimanamungkin
kamu mahu berada ditempat begitu.. Jika fiqa berhadapan dengan orang begitu
fiqa hanya mampu berdoa semoga dia berubah..
Sayangku..
Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah
Rahmat Allah itu dimana sahaja
Hidayah Allah sentiasa dengan kita
Jangan sesekali kita mempertikaikan apa yang Allah takdirkan
Kerana Allah itu adalah sebaik baik perancang
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sekian sahaja post fiqa kali ini..panjang jugak ye :3
Semoga bertambah iman dan taqwa seiring dengan bertambahnya usia J
Hehe..ok..maassalamah.. salam ukhwah dan salam tahun baru J
*anyway lmbt jugak ye fiqa post..
Ini semua gara-gara masalah yang tidak dapat dielakkan..
peaceee ^_^
No comments:
Post a Comment