Thursday, 25 July 2013

Malam Lailatul Qadar



Assalamualaikum and hye readers ^_^


Harinie fiqa nak share something yang fiqa rasa sangat-sangat istimewa.. J
Its about Malam Lailatul QadarActually entri nie sgt2 panjang dan terlalu banyak hadis dan ayat-ayat al-Quran yang bercerita tentang Malam Lailatul Qadar ini..so fiqa nak kongsikan maklumat yang fiqa dapat cari..

Since kita pun sudah memasuki pertengahan Ramadhan..fiqa yakin ramai sangat-sangat yang ternanti-nanti malam Lailatul Qadar,, iaitu malam kemuliaan lebih dari 1000 bulan (83 tahun 4 Bulan). Lailatul Qadar adalah hadiah untuk kita, umat Nabi Muhammad s.a.w. Ia suatu anugerah yang tidak ternilai..





Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan ihtisab iaitu dengan keadaan iman yang ikhlas ingin memperolehi ganjaran, maka terampunlah segala dosa-dosanya yang lampau dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.
-riwayat Bukhari dan Muslim


Tanda tanda Malam Lailatul Qadar

Ubadah bin Samit meriwayatkan beliau telah bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai malam lailatul qadar..Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab :

-Lailatul Qadar terjadi pada Ramadhan; dalam sepuluh hari terahir. Malam 21, malam 23, malam 25, malam 27, malam 29 atau malam terahir.

-Pada malam tersebut berkeadaan sunyi sepi penuh ketenangan serta bercahaya, tidak panas dan tidak sejuk tetapi sederhana seolah olah bulan yang memancar tenang.

-Pada malam itu panah-panah tidak kelihatan memanah syaitan-syaitan. Keadaan ini tetap berkeadaan begitu hingga menjelang subuh.

-Manakala pada keesokkan harinya sinarnya kelihatan melemah kemerah merahan. Muncul seolah olah seperti bulan mengambang penuh. Pada hari itu Allah mengharamkan syaitan naik bersama-sama matahari.


‘Pada pagi harinya setelah Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar),  seakan akan ia bejana sehinggalah ia meninggi’
-riwayat Bukhari dan Muslim


Ada pula pendapat dari Imam Ghazali Rahimullah tentang bagaimana mengenal pasti Malam Lailatul Qadar : 
-Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 29hb Ramadhan
- Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 27hb Ramadhan
- Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Isnin maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 21hb Ramadhan
- Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Khamis maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 25hb Ramadhan
- Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 23hb Ramadhan.


Rasulullah s.a.w pernah mengajar kepada Aisyah r.a. ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang dipinta jika bertemu Malam Lailatul Qadar. Jawab baginda bacalah :



*Ada juga yang berkata pada malam itu dikatakan semua pohon-pohon kayu tunduk menyembah Allah..cuaca sangat tenang dan hati-hati yang sedang sujud menyembah Allah akan merasakan ketenangan..


Amalan-Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Mulai pada jam 12 Mlm..
1-Solat sunat wudhuk selepas mengambil wudhuk.
2-Solat sunat hajat, berdoa minta kepada Allah moga dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar.
3-Membaca Al-Quran
4-Beristighfar 1000kali
5-Bertasbih
6-Selawat Keatas Nabi  1000kali
7-Sembahyang sunat Tasbih
8-Sembahyang sunat Taubat
9-Sembahyang solat sunat Tahajud dan witir.

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terasa dingin badannya kerana dihampiri oleh malaikat (sebentar sahaja)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar; kira-kira selama seorang pengembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi. Sesungguhnya membaca satu ayat daripada Al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.


Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar pula), mereka sentiasa beristighfar kepada Allah (memohon ampun)
-Surah Adz-Dzaariyaat : 16-17


Bila berbicara tentang Malam Lailatul Qadar ini menunjukkan bahawa Ramadhan iaitu tetamu yang agung dan setia berkunjung setiap tahun akan pergi meninggalkan kita.. Selalu fiqa takut apabila sudah hendak berakhirnya bulan Ramadhan,, sebab fiqa takut dan risau adakah fiqa dapat berjumpa Ramadhan yang akan datang..sedihnya Ya Allah :’( Ramadhan yang dirindui bakal pergi jua..

Pesanan dari sahabat fiqa ,

Usaha untuk mendapatkan Malam Lailatul Qadar juga haruslah dilakukan seawal malam pertama Ramadhan lagi.
 -Pipeco

Oleh itu marilah kita sama-sama  berusaha untuk membuat amal ibadat sebanyaknya dan berusaha mengejar malam Lailatul Qadar ! InsyaAllah semua umat Islam berpeluang berjumpa dengan Malam Lailatul Qadar.. Aamiin..InsyaAllah wahai sahabat ^_^
Setakat ini sahaja entri fiqa kali ini.. Jika ada kekurangan dan maklumat tambahan bolehlah dikongsi bersama ^_^


*Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Solat Terawih*



Wednesday, 10 July 2013

Tentang Sahabat ^__^



Assalamualaikum and hye readers ^_^


Alhamdulillah..harinie fiqa nak bercakap tentang sahabat..

Pada fiqa, sahabat sebenarnya adalah amanah Allah kepada kita..itu bermakna

-kita bertanggungjawab menjaga sahabat kita,

-kita bertanggungjawab menyayanginya..

-kita bertanggungjawab membawanya kejalan Allah..

Tahukah anda sahabat yang terbaik adalah sahabat apabila kita melihat wajahnya kita teringat Allah.. Setiap kata-katanya bermakna dan membawa kita kejalan Allah.. susahkan hendak berjumpa sahabat begitu?? Memg benar,,amat-amat susah..tetapi tahukah anda memang wujud dan ada didunia ini sahabat begitu ..

Buat sahabat-sahabat fiqa..

Maafkan aku wahai sahabat..aku belum mampu menjadi seorang sahabat yang baik padamu..aku belum mampumenjadi yang terbaik untukmu..aku gagal menunjukkan tauladan yang baik untukmu..aku gagal berada disamping kamu disaat kamu perlukan aku..aku turut membuat khilaf..ampunkan aku ya Allah..ampunkan aku kerana tidak menjaga amanahMu dengan baik  :’(

Fiqa sayang anda semua..Anda semua tetap sahabat fiqa dunia dan akhirat..walaupun kita tidak dapat berjumpa dan tidak berhubung..fiqa sangat-sangat merindukan anda semua.. fiqa tidak pernah lupakan anda semua :’)

-Nur Nadhirah, Muna Izzati, Farah Najihah , Naimah, Khadijah, Zulaikha, Siti Zalikha, Kak Nurul Adilah, Zufianda, Amirah, Nadia Farrina, Siti Nur Suhaila, Ayuni , Faten Nurul Amira, Anie, Qatrunnada, Sakinah, Hanis Afiqah, Athirah, Farah Dina, Putri Shuhaili, Amirul Zamri, Mujadid Fadhlullah, Wafi Syazwan, Syahmie, Ayunurili, Fatin Najwa, Tengku Aishah, Amanina -

Walaupun begitu..fiqa akan berusaha menjadi sahabat yang baik..semoga Allah merahmati kita semua..insyaAllah ^_^
dan
Semoga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah! 
Aamiin Ya Rabbal Alamin ..


Doa untuk sahabat 

Ya Allah,
panjangkanlah umur sahabatku,
kurniakanlah kesihatan yg baik untuknya,
terangi hatinya dgn nur pancaran iman ,
tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama ,dunia dan akhirat.

Ya muhaimin,
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang tertaut padaMu,
agar tidak jatuh dia ke jurang cinta nafsu,
jagalah hatinya agar tidak berpaling dari melabuhkan hatinya pada hati,
jika dia rindu,
rindukanlah dia kepada seseorang yg merindui syahid ke jalanMu.

Ya Allah..
Jangan biarkan shabatku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan menyeru manusia kejalanMu,
jika kau halalkan aku merindukan sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki
rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

Ya Allah..
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan,
kecemerlangan, dan  hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran,
serta liku2 hidup didunia dan akhirat kelak.

Aamiin,amin ya rabbal alamin,

Tuesday, 9 July 2013

Kehilangan ??



Assalamualaikum and hye readers ^_^


Pernahkah kalian mencintai sesuatu tetapi perlahan-lahan sesuatu itu pergi menjauhi dari kalian..mesti pernah kan??selalu kita rasa patah hati dan kecewa bila kita kehilangan sesuatu yg kita cintai..sama ada kehilangan manusia atau harta benda..

Ye… fiqa akui fiqa pun pernah merasakan perasaan itu..Ya Allah,,seriously perit , sakit, kecewa, sedih… semua perasaan itu bercampur dan membuatkan fiqa lemah dan tak mampu nak teruskan hidup bila kehilangannya.. tapi setiap kali fiqa solat dan mendoakan agar kejadian itu dapat diperbetulkan.. hakikatnya fiqa tidak mampu buat apa-apa.. kerana itu semua telah pun berlaku.. fiqa hanya mampu cuba melupakan dan jangan ulangi perkara yang sama hingga kehilangan yang lain pula.. sedihnya bila memikirkan tentang itu.. fiqa cuba lupakan tetapi fiqa tak mampu..tiada siapa yang tahu perasaan itu selain Allah S.W.T.. walaupun sudah lama perkara itu berlaku.. tetapi fiqa tidak pernah melupakan hal itu.. tetapi fiqa gembira kerana setiap semua yang berlaku ada hikmahnya kerana  Allah hadirkan perasaan hamba dalam diri fiqa selepas kejadian itu.. bila fiqa sentiasa akan menangis kerana berasa berdosa yang tidak sudah.. sayangnya Allah kepada fiqa…ya Allah :’) mungkin selamanya fiqa tidak akan lupakan perkara itu..walaupun begitu fiqa redha dengan segalanya..fiqa redha dan ikhlas dengan segala ketentuan ilahi..tetapi jika dia membaca blog ini..fiqa nak dia tahu fiqa akan tetap mendoakannya dan selamanya akan mendoakannya J

Kehilangan sesuatu sebenarnya kerana Allah nak gantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik dan membahagiakan.. 

percaya atau tidak mari kita fahami makna petikan ayat dibawah :


`` Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui ,sedangkan kamu tidak mengetahui. ‘’ –surah Al-Baqarah : 216


Setiap kali fiqa mendengar ayat diatas… fiqa jadi terduduk.. kenapa?? kerana fiqa tahu fiqa seolah-olah tidak redha dengan Allah.. apabila fiqa asyik mempertikaikan kenapa mesti fiqa yang lalui semua ini..

Ya Allah,,ampuni fiqa :’(

Oleh itu jangan terlalu kecewa dengan sesuatu yang kita hilang..bangunlah dan kuatlah..percayalah Allah bukan saja-saja nak kita diuji kehilangan sesuatu yang kita cintai.. Cuma Allah nak kita kembali padanya kerana selalunya manusia akan kembali kepada Allah selepas berasa kecewa dan berdosa..kalau pun sudah Alhamdulillah ^_^

Cuma satu je cinta itu milik Allah,, apa-apa pun mohonlah kepada Allah.. moga Allah membantu kita mengatur langkah agar tidak terjatuh kita dalam jurang cinta nafsu J cintailah sesuatu itu kerana Allah..nescaya kamu akan mendapat redha Allah ^_^


Lastly,, berharap tu boleh tetapi jangan terlalu berharap hingga melemahkan apabila kita tidak dapat seperti yang kita inginkan..






Maaf ^_^



Assalamulaikum and hye readers ^_^



Ucapan maaf itu kelihatannya seperti senang dan mudah disebut..tapi tahukah anda apabila anda mengucapkan perkataan itu kepada seseorang setelah anda terbuat atau sengaja buat salah padanya..dan anda berani mengaku kesalahan anda, itu bermakna anda dapat melawan nafsu ego anda..

Tahniah Wahai Sahabat ^_^

Seringkali bila kita buat salah kepada seseorang itu kita akan rasa puas tetapi selepas itu, tiba-tiba kita rasa bersalah padanya..hendaklah anda bersyukur kepada Allah kerana Allah masih memberi perasaan begitu kehati kita.. kerana Allah masih memberi sinar hidayah kepada kita.. kalau kita pernah membuat salah dan berasa puas tanpa ada sedikit pun perasaan bersalah..berasa takutlah anda kerana itu bermakna hati anda sudah diselaputi kotor perasaan hasad dengki..kembalilah kepada Allah..bermohonlah kepada Allah moga disucikan hati kita dan dijauhkan perasaan begitu dari hati kita..

Kadang kala kita terbuat salah dan memohon maaf,,tapi kita masih tetap melakukan kesalahan yang sama.. yes..Manusia tidak ada yang sempurna..jadi sahabat-sahabat jika kita mempunyai rakan dan sahabat seperti itu janganlah sekali-kali kamu semua meninggalkannya dan menghindarkan diri daripadanya apabila dia tetap melakukan kesalahan walaupun sering meminta maaf.. kita kena sentiasa berada bersamanya dan tetap menegurnya..kerana apa? Kerana dia memerlukan kita untuk berubah.. cuba bayangkan jika kita tinggalkannya..bukankah kita membiarkan dia terus membuat salah dan biarkannya terkapai-kapai.. sanggupnya kita..! cuba bayangkan jika itu ialah kita..pasti kita sedih dan kecewa kan..jadi jangan kamu melakukan hal begitu kepada rakan-rakanmu.. satu pesanan dari fiqa.. jangan pernah kamu penat menegur mereka.. Jangan pernah penat mengajak rakan-rakanmu kearah kebaikan.. 
JANGAN PERNAH WAHAI SAHABAT !

Wahai sahabat..tahukah anda orang yang meminta maaf lebih mulia dari orang yang menerima maaf..walaupun begitu janganlah kita tidak mahu memaafkan seseorang yang meminta maaf..memberi maaf juga haruslah sentiasa berhati-hati…jangan berjanji jika tidak dapat tepati..Allah S.W.T.  sendiri mengampunkan hambanya yang selalu ingkar kepada perintahnya, Rasulullah juga sentiasa memaafkan umatnya yang sering menyakitinya.. apatah lagi kita yang hanya hamba biasa.. Oleh itu marilah kita memaafkan dan ikhlaskanlah hati kita dalam memberi maaf J

Dikesempatan ini saya, Siti Afiqah binti Abd Rahim ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya..maafkan saya kerana selalu membuatkan kalian tiak senang dengan sikap saya selama ini..sejujurnya saya ingin menjadi seorang yang dapat mebahagiakan semua orang dan tidak mahu menyusahkan sesiapa pun..tetapi nafsu dan mazmumah sering menjadi alasan hingga telah menyakiti dan mengecewakan kalian..maafkan saya kerana ketelanjuran saya dalam berkata-kata dan sikap saya..saya memang tidak sempurna dan sering melakukan kesalahan..tetapi Allah masih sayangkan saya bila telah hadirkan kepada saya sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang sangat menyayangi saya dan sentiasa menegur saya..

terima kasih wahai sahabat ! tiada apa yang dapat saya berikan selain ucapan jutaan terima kasih dan doa ^_^


Akhir sekali.. sedarkah kalian semua yang ucapan maaf mampu menyatukan dan mengeratkan hubungan antara manusia ^_^


Thursday, 4 July 2013

Dosa ?? :’(



Assalamulaikum and hye readers ^_^





Seringkali  kita melakukan dosa kemudian kita bertaubat namun kemudian kita masih ulangi kesalahan yang sama,,sedangkan kita telah bertaubat bersungguh sungguh tapi masih tetap mengulangi dosa yang kita pernah lakukan…apa yang boleh dikatakan manusia tak ada yang perfect..setuju?? seriously bila setiap kali kita berbuat dosa kemudian tiba2 terlintas di hati kita

 “ Ya Allah,, apa yang aku buat ini salah,,satu dosa ya Allah ’’

 tahukah anda semua itu semua adalah lintasan hidayah.. Allah,,setiap hidayah itu milik Allah,,apabila kita sudah mendapatkannya ,,genggam lah,,peganglah erat2,, jgn sesekali kita lepaskan genggaman itu..Allah.. sedih btul bila hilangnya hidayah itu,,hancur hati ini melihat hidayah itu pergi tetapi kita tak cuba gapai balik hidayah itu..Allah!! dalam hati ini tahu betapa pentingnya hidayah..tpi selalu sgt mereka berkata.``tidak apa,,hidayah itu milik Allah,,blum sampai seru’’..tahukah anda,,hidayah tu Allah dah kurniakan pada setiap orang..sama ada kita nak gunakan, keluarkan atau membiarkan saja ia berada dalam hati kita. Bukan saja-saja Allah kurniakan pada diri kita,,ia untuk kita gunakan dan manfaatkannya.. Ayuh kita manfaatkannya sahabat !!

Pernahkan suatu saat,,dirasakan tiada siapa2 untuk kita,,pernah kita rasa lemah kerana dosa..pernah suatu saat kita rasa sunyi sgt2..pernah suatu saat kita rasa kecewa dengan diri kita..rasa tidak layak hidup didunia ini..pulanglah kepada Allah..solatlah..berdoalah..Allah sentiasa ada wahai sahabat..berdoa dan jgn pernah putus harapan kepada Allah..harapan Allah sentiasa ada.. Allah sentiasa bersama kita..percayalah wahai sahabat J selepas kita bertaubat sungguh sungguh iaitu berjanji takkan ulangi lagi kesalahan kita yang dulu,,insyaAllah..sahabat2 akan rasa tenang sangat..tenang yang amat sangat ,,ketenangan yang sahabat2 rasa tidak mahu hilang..Itulah ketenangan ilahi,,Allah..manisnya iman!!

Tahukah sahabat-sahabat,,apabila kita telah berdoa bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu..tetapi kita rasakan Allah tidak mengabulkan doa kita..sebenarnya Allah bukan tidak mengabulkan doa kita tetapi Allah hanya menunda pemberiannya..kerana apa?? Kerana Allah rindu nak dengar rintihan..luahan dan permintaan dari kita..Allah rindu wahai sahabat-sahabat..Allah mahu mendengar rintihan hambaNya.. kadangkala Allah gantikan pemberiannya dengan yang cara lain..dan semestinya lebih baik kepada kita..percayalah wahai sahabat,,SETIAP PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK

Apabila ditimpakan ujian,, janganlah kita lemah2..kuatlah..be tough and stay strong wahai sahabat !! Sesungguhnya Allah sangat mencintai hambanya yang sabar..bukan saja-saja Allah nak timpakan kita ujian..Allah cuma nak menguji tahap keimanan kita sahaja…lagipun Allah rindu nak dengar rintihan taubat dan luahan hati dari kita…kembalilah kepada Allah,,luahkanlah kepada Allah..Allah mendengar segalanya,,even apa yang terdetik dihati kita..pernah apabila kita berniat nak berbuat jahat,,malaikat belum pun mencatit dosa kita..tetapi apabila kita sudah buat salah itu baru dicatitkan dosa kita..kerana apa wahai sahabat?? Kerana Allah sayangkan kita..Allah beri kita masa untuk berubah..barangkali kita akan berubah dan tidak jadi buat perkara itu..bukankah itu bukti Allah sgt2 mencintai kita?? Allah..terima kasih ya Allah :’)
Mari kita fahami makna ayat dibawah..

Maka,ingatlah kepada-KU, AKU pun kan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar terhadap-KU. Wahai orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.Sungguh, ALLAH bersama dengan orang yang sabar. – Al Baqarah : 152-153

Lastly..Ayuh sahabat-sahabat..marilah kita berubah..mari kita tukar tempat pengaduan kita yang pertama..iaitu kepada Allah..nescaya sahabat-sahabat tidak akan pernah menyesal..even sedikit pun..
marilah kita rebut peluang mencintai dan merindui Allah dan Rasul-NYA..
Ayuh kita mengadu kepada Allah.. Apa pun ujian kita..even kita hendak menangis pun..menangislah kemudian tersenyumlah.. senyumlah,,Allah melihat tahap keimanan kita ketika itu..Allah mencintai kita wahai sahabat.. Oh Allah!! terima kasih Ya Allah J


Psst..* Awak nak tahu tak?? Awak nampak awesome dengan senyuman kesabaran itu..bergembiralah awak..kerana Allah mencintai awak  ^_^ *