Tuesday, 9 July 2013

Maaf ^_^



Assalamulaikum and hye readers ^_^



Ucapan maaf itu kelihatannya seperti senang dan mudah disebut..tapi tahukah anda apabila anda mengucapkan perkataan itu kepada seseorang setelah anda terbuat atau sengaja buat salah padanya..dan anda berani mengaku kesalahan anda, itu bermakna anda dapat melawan nafsu ego anda..

Tahniah Wahai Sahabat ^_^

Seringkali bila kita buat salah kepada seseorang itu kita akan rasa puas tetapi selepas itu, tiba-tiba kita rasa bersalah padanya..hendaklah anda bersyukur kepada Allah kerana Allah masih memberi perasaan begitu kehati kita.. kerana Allah masih memberi sinar hidayah kepada kita.. kalau kita pernah membuat salah dan berasa puas tanpa ada sedikit pun perasaan bersalah..berasa takutlah anda kerana itu bermakna hati anda sudah diselaputi kotor perasaan hasad dengki..kembalilah kepada Allah..bermohonlah kepada Allah moga disucikan hati kita dan dijauhkan perasaan begitu dari hati kita..

Kadang kala kita terbuat salah dan memohon maaf,,tapi kita masih tetap melakukan kesalahan yang sama.. yes..Manusia tidak ada yang sempurna..jadi sahabat-sahabat jika kita mempunyai rakan dan sahabat seperti itu janganlah sekali-kali kamu semua meninggalkannya dan menghindarkan diri daripadanya apabila dia tetap melakukan kesalahan walaupun sering meminta maaf.. kita kena sentiasa berada bersamanya dan tetap menegurnya..kerana apa? Kerana dia memerlukan kita untuk berubah.. cuba bayangkan jika kita tinggalkannya..bukankah kita membiarkan dia terus membuat salah dan biarkannya terkapai-kapai.. sanggupnya kita..! cuba bayangkan jika itu ialah kita..pasti kita sedih dan kecewa kan..jadi jangan kamu melakukan hal begitu kepada rakan-rakanmu.. satu pesanan dari fiqa.. jangan pernah kamu penat menegur mereka.. Jangan pernah penat mengajak rakan-rakanmu kearah kebaikan.. 
JANGAN PERNAH WAHAI SAHABAT !

Wahai sahabat..tahukah anda orang yang meminta maaf lebih mulia dari orang yang menerima maaf..walaupun begitu janganlah kita tidak mahu memaafkan seseorang yang meminta maaf..memberi maaf juga haruslah sentiasa berhati-hati…jangan berjanji jika tidak dapat tepati..Allah S.W.T.  sendiri mengampunkan hambanya yang selalu ingkar kepada perintahnya, Rasulullah juga sentiasa memaafkan umatnya yang sering menyakitinya.. apatah lagi kita yang hanya hamba biasa.. Oleh itu marilah kita memaafkan dan ikhlaskanlah hati kita dalam memberi maaf J

Dikesempatan ini saya, Siti Afiqah binti Abd Rahim ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya..maafkan saya kerana selalu membuatkan kalian tiak senang dengan sikap saya selama ini..sejujurnya saya ingin menjadi seorang yang dapat mebahagiakan semua orang dan tidak mahu menyusahkan sesiapa pun..tetapi nafsu dan mazmumah sering menjadi alasan hingga telah menyakiti dan mengecewakan kalian..maafkan saya kerana ketelanjuran saya dalam berkata-kata dan sikap saya..saya memang tidak sempurna dan sering melakukan kesalahan..tetapi Allah masih sayangkan saya bila telah hadirkan kepada saya sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang sangat menyayangi saya dan sentiasa menegur saya..

terima kasih wahai sahabat ! tiada apa yang dapat saya berikan selain ucapan jutaan terima kasih dan doa ^_^


Akhir sekali.. sedarkah kalian semua yang ucapan maaf mampu menyatukan dan mengeratkan hubungan antara manusia ^_^


No comments:

Post a Comment