Thursday, 4 July 2013

Dosa ?? :’(



Assalamulaikum and hye readers ^_^





Seringkali  kita melakukan dosa kemudian kita bertaubat namun kemudian kita masih ulangi kesalahan yang sama,,sedangkan kita telah bertaubat bersungguh sungguh tapi masih tetap mengulangi dosa yang kita pernah lakukan…apa yang boleh dikatakan manusia tak ada yang perfect..setuju?? seriously bila setiap kali kita berbuat dosa kemudian tiba2 terlintas di hati kita

 “ Ya Allah,, apa yang aku buat ini salah,,satu dosa ya Allah ’’

 tahukah anda semua itu semua adalah lintasan hidayah.. Allah,,setiap hidayah itu milik Allah,,apabila kita sudah mendapatkannya ,,genggam lah,,peganglah erat2,, jgn sesekali kita lepaskan genggaman itu..Allah.. sedih btul bila hilangnya hidayah itu,,hancur hati ini melihat hidayah itu pergi tetapi kita tak cuba gapai balik hidayah itu..Allah!! dalam hati ini tahu betapa pentingnya hidayah..tpi selalu sgt mereka berkata.``tidak apa,,hidayah itu milik Allah,,blum sampai seru’’..tahukah anda,,hidayah tu Allah dah kurniakan pada setiap orang..sama ada kita nak gunakan, keluarkan atau membiarkan saja ia berada dalam hati kita. Bukan saja-saja Allah kurniakan pada diri kita,,ia untuk kita gunakan dan manfaatkannya.. Ayuh kita manfaatkannya sahabat !!

Pernahkan suatu saat,,dirasakan tiada siapa2 untuk kita,,pernah kita rasa lemah kerana dosa..pernah suatu saat kita rasa sunyi sgt2..pernah suatu saat kita rasa kecewa dengan diri kita..rasa tidak layak hidup didunia ini..pulanglah kepada Allah..solatlah..berdoalah..Allah sentiasa ada wahai sahabat..berdoa dan jgn pernah putus harapan kepada Allah..harapan Allah sentiasa ada.. Allah sentiasa bersama kita..percayalah wahai sahabat J selepas kita bertaubat sungguh sungguh iaitu berjanji takkan ulangi lagi kesalahan kita yang dulu,,insyaAllah..sahabat2 akan rasa tenang sangat..tenang yang amat sangat ,,ketenangan yang sahabat2 rasa tidak mahu hilang..Itulah ketenangan ilahi,,Allah..manisnya iman!!

Tahukah sahabat-sahabat,,apabila kita telah berdoa bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu..tetapi kita rasakan Allah tidak mengabulkan doa kita..sebenarnya Allah bukan tidak mengabulkan doa kita tetapi Allah hanya menunda pemberiannya..kerana apa?? Kerana Allah rindu nak dengar rintihan..luahan dan permintaan dari kita..Allah rindu wahai sahabat-sahabat..Allah mahu mendengar rintihan hambaNya.. kadangkala Allah gantikan pemberiannya dengan yang cara lain..dan semestinya lebih baik kepada kita..percayalah wahai sahabat,,SETIAP PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK

Apabila ditimpakan ujian,, janganlah kita lemah2..kuatlah..be tough and stay strong wahai sahabat !! Sesungguhnya Allah sangat mencintai hambanya yang sabar..bukan saja-saja Allah nak timpakan kita ujian..Allah cuma nak menguji tahap keimanan kita sahaja…lagipun Allah rindu nak dengar rintihan taubat dan luahan hati dari kita…kembalilah kepada Allah,,luahkanlah kepada Allah..Allah mendengar segalanya,,even apa yang terdetik dihati kita..pernah apabila kita berniat nak berbuat jahat,,malaikat belum pun mencatit dosa kita..tetapi apabila kita sudah buat salah itu baru dicatitkan dosa kita..kerana apa wahai sahabat?? Kerana Allah sayangkan kita..Allah beri kita masa untuk berubah..barangkali kita akan berubah dan tidak jadi buat perkara itu..bukankah itu bukti Allah sgt2 mencintai kita?? Allah..terima kasih ya Allah :’)
Mari kita fahami makna ayat dibawah..

Maka,ingatlah kepada-KU, AKU pun kan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar terhadap-KU. Wahai orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.Sungguh, ALLAH bersama dengan orang yang sabar. – Al Baqarah : 152-153

Lastly..Ayuh sahabat-sahabat..marilah kita berubah..mari kita tukar tempat pengaduan kita yang pertama..iaitu kepada Allah..nescaya sahabat-sahabat tidak akan pernah menyesal..even sedikit pun..
marilah kita rebut peluang mencintai dan merindui Allah dan Rasul-NYA..
Ayuh kita mengadu kepada Allah.. Apa pun ujian kita..even kita hendak menangis pun..menangislah kemudian tersenyumlah.. senyumlah,,Allah melihat tahap keimanan kita ketika itu..Allah mencintai kita wahai sahabat.. Oh Allah!! terima kasih Ya Allah J


Psst..* Awak nak tahu tak?? Awak nampak awesome dengan senyuman kesabaran itu..bergembiralah awak..kerana Allah mencintai awak  ^_^ *




No comments:

Post a Comment