Thursday, 25 July 2013

Malam Lailatul Qadar



Assalamualaikum and hye readers ^_^


Harinie fiqa nak share something yang fiqa rasa sangat-sangat istimewa.. J
Its about Malam Lailatul QadarActually entri nie sgt2 panjang dan terlalu banyak hadis dan ayat-ayat al-Quran yang bercerita tentang Malam Lailatul Qadar ini..so fiqa nak kongsikan maklumat yang fiqa dapat cari..

Since kita pun sudah memasuki pertengahan Ramadhan..fiqa yakin ramai sangat-sangat yang ternanti-nanti malam Lailatul Qadar,, iaitu malam kemuliaan lebih dari 1000 bulan (83 tahun 4 Bulan). Lailatul Qadar adalah hadiah untuk kita, umat Nabi Muhammad s.a.w. Ia suatu anugerah yang tidak ternilai..





Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan ihtisab iaitu dengan keadaan iman yang ikhlas ingin memperolehi ganjaran, maka terampunlah segala dosa-dosanya yang lampau dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.
-riwayat Bukhari dan Muslim


Tanda tanda Malam Lailatul Qadar

Ubadah bin Samit meriwayatkan beliau telah bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai malam lailatul qadar..Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab :

-Lailatul Qadar terjadi pada Ramadhan; dalam sepuluh hari terahir. Malam 21, malam 23, malam 25, malam 27, malam 29 atau malam terahir.

-Pada malam tersebut berkeadaan sunyi sepi penuh ketenangan serta bercahaya, tidak panas dan tidak sejuk tetapi sederhana seolah olah bulan yang memancar tenang.

-Pada malam itu panah-panah tidak kelihatan memanah syaitan-syaitan. Keadaan ini tetap berkeadaan begitu hingga menjelang subuh.

-Manakala pada keesokkan harinya sinarnya kelihatan melemah kemerah merahan. Muncul seolah olah seperti bulan mengambang penuh. Pada hari itu Allah mengharamkan syaitan naik bersama-sama matahari.


‘Pada pagi harinya setelah Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar),  seakan akan ia bejana sehinggalah ia meninggi’
-riwayat Bukhari dan Muslim


Ada pula pendapat dari Imam Ghazali Rahimullah tentang bagaimana mengenal pasti Malam Lailatul Qadar : 
-Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 29hb Ramadhan
- Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 27hb Ramadhan
- Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Isnin maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 21hb Ramadhan
- Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Khamis maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 25hb Ramadhan
- Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 23hb Ramadhan.


Rasulullah s.a.w pernah mengajar kepada Aisyah r.a. ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang dipinta jika bertemu Malam Lailatul Qadar. Jawab baginda bacalah :



*Ada juga yang berkata pada malam itu dikatakan semua pohon-pohon kayu tunduk menyembah Allah..cuaca sangat tenang dan hati-hati yang sedang sujud menyembah Allah akan merasakan ketenangan..


Amalan-Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Mulai pada jam 12 Mlm..
1-Solat sunat wudhuk selepas mengambil wudhuk.
2-Solat sunat hajat, berdoa minta kepada Allah moga dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar.
3-Membaca Al-Quran
4-Beristighfar 1000kali
5-Bertasbih
6-Selawat Keatas Nabi  1000kali
7-Sembahyang sunat Tasbih
8-Sembahyang sunat Taubat
9-Sembahyang solat sunat Tahajud dan witir.

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terasa dingin badannya kerana dihampiri oleh malaikat (sebentar sahaja)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar; kira-kira selama seorang pengembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi. Sesungguhnya membaca satu ayat daripada Al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.


Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar pula), mereka sentiasa beristighfar kepada Allah (memohon ampun)
-Surah Adz-Dzaariyaat : 16-17


Bila berbicara tentang Malam Lailatul Qadar ini menunjukkan bahawa Ramadhan iaitu tetamu yang agung dan setia berkunjung setiap tahun akan pergi meninggalkan kita.. Selalu fiqa takut apabila sudah hendak berakhirnya bulan Ramadhan,, sebab fiqa takut dan risau adakah fiqa dapat berjumpa Ramadhan yang akan datang..sedihnya Ya Allah :’( Ramadhan yang dirindui bakal pergi jua..

Pesanan dari sahabat fiqa ,

Usaha untuk mendapatkan Malam Lailatul Qadar juga haruslah dilakukan seawal malam pertama Ramadhan lagi.
 -Pipeco

Oleh itu marilah kita sama-sama  berusaha untuk membuat amal ibadat sebanyaknya dan berusaha mengejar malam Lailatul Qadar ! InsyaAllah semua umat Islam berpeluang berjumpa dengan Malam Lailatul Qadar.. Aamiin..InsyaAllah wahai sahabat ^_^
Setakat ini sahaja entri fiqa kali ini.. Jika ada kekurangan dan maklumat tambahan bolehlah dikongsi bersama ^_^


*Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Solat Terawih*



3 comments: