Thursday, 6 March 2014

Cinta Hati Kak Fiqa ^_^



Assalamualaikum and hye readers ^_^


Alhamdulillah..post fiqa kali ini..adalah khas untuk adik-adik kesayangan fiqa..sama ada lelaki ataupun perempuan..kerana fiqa sering diminta beri pendapat tentang isu remaja sekarang..Alhamdulillah..akhirnya fiqa berkesempatan juga J

Baru-baru ini..fiqa ada bergaduh dengan adik fiqa tentang sesuatu..sebenarnya terasa dengan dia tetapi apabila difikirkan kembali mungkin ada betulnya apa yang dicakapkannya tenatang fiqa..walaupun sebenarnya fiqa rasa dia tidak faham hati fiqa..tetapi fiqa juga perlu memahami kata-katanya..dan menerima apa yang dia tegur..kerana mungkin ada betulnya..yelah..kadang-kadang fiqa tidak perasan bagaimana sikap fiqa yang sebenarnya..Alhamdulillah..dia dah menyedarkan fiqa.. terima kasih dik ^_^

Buat puteri dan puteraku  termasuk adik-adik fiqa..sebenarnya sayangku..akak terlalu sayangkan kalian..sayang..terlalu sayang.. akak takut..akak takut korang melalui waktu seperti akak dulu..akak tidak sanggup..betul-betul tak sanggup..akak dah melalui pelbagai pengalaman silam..putus asa,menangis,kecewa,sedih,duka,bahagia dan sengsara..akak sayang sebab itu akak tegur..akak banyak menegur..akak tidak mahu kalian tersalah langkah seperti akak dahulu..akak tidak mahu..

Sejahat-jahat kita masih ada yang mahu memaafkan..siapa dia??
Semestinya Tuhan yang setia menunggu kita..
Tuhan yang setia memaafkan kita..
Tuhan yang setia membahagiakan kita..
Tuhan yang setia memberikan nikmat yang tidak putus pada kita..
dialah ALLAH !!
Allah lah segalanya..

oleh itu sayangku..Cinta itu hanya layak untuk Allah..Allah yang selalu bersama kita..waktu kita menangis..waktu kita gembira..hanya Dia..Kembalilah wahai adik..kembalilah kepada Dia..Sekecewa mana pun kita..kita masih ada Allah yang setia dengan kita…Menangislah sayang ku apabila mengadap Dia..percayalah cakap akak..adik- adik akan berasa kebahagiaan dan ketenangan yang tidak mampu diungkapkan..mengadulah padaNya..menangis lah menyesali semua kesalahanmu..

Allah Itu Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah..Pemurah Dalam Memberi Maaf..Maha Pemberi Maaf..Allah!!

Seringkali fiqa mendengar tentang aduan adik-adik tentang betapa mereka susah berubah kerana keadaan sekeliling..keadaan sekeliling yang menganggap menjadi baik itu adalah bajet alim dan kaedah lapuk..buat adik-adikku sayang..janganlah kamu lemah dengan kata-kata sebegitu..bukankah janji Allah itu pasti ?? percayalah cakap akak..jika kamu dapat mengawal perasaan dan gelora remaja adik-adik..insyaAllah adik-adik dapat melayari alam rumah tangga yang bahagia..percayalah syurga menantimu apabila kamu sentiasa menjadikan Allah tunggak kebahagiaan dan keselamatan adik-adik ..disyurga nanti hanya akan ada azab dan kenikmatan..kita hanya merasa susah di dunia tetapi diakhirat kelak tiada lagi kesusahan..percayalah sayangku..

Perasaan dan jiwa remaja sekarang adalah fitrah apabila mempunyai perasaan kepada seseorang yang berlainan jantina..kita sebagai remaja haruslah belajar mengawalnya..bagaimana cara mengawalnya?? Senang sangat..adik-adik cuba jagalah solat dan kerapkan membaca al-Quran..sering mereka mengadu bahawa mereka susah hendak membaca al-Quran..kerana apa?? Nafsu katanya..adik-adik kecintaan akak sekalian..sebenarnya..al-Quran adalah satu-satunya surat cinta daripada Allah..Allah..sayangnya apabila tidak dibaca..ia menceritakan tentang dulu,sekarang dan akan datang..rugi sangat jika kita tidak membacanya..kita baca novel yang bermuka surat sebanyak 500 boleh dihabiskan dalam masa sehari..takkanlah nak baca la-Quran 3 muka sehari susah ??

Sayangku..akak nie juga seorang yang lemah..akak pernah hilang keyakinan diri dan putus asa hanya kerana masalah peribadi.. ramai jugak adik-adik yang tidak percaya akak pernah putus cinta..akak pernah sayangku..tetapi apa yang Allah tunjukkan dekat akak..yang apa sahaja yang Allah tentukan itu yang terbaik..yang penting kita kena redha dan sabar dengan takdir Allah..perit?? pedih ?? yes! Siapa yang tak sakit apabila diuji begitu..tetapi berkat redha dan doa setiap hari..Allah memberi semangat dan bantuan kepada akak..walaupun masih kadang-kadang teringat tentang kisah lalu..tetapi akak tetap kuat dan cuba kuat..kerana akak percaya perancangan Allah adalah yang terbaik..susah jugak akak nak berubah..tetapi berkata doa mak ayah akak..mereka sentiasa mengingatkan akak tentang Allah dan sentiasa beri semangat kepada akak..alhamdulillah..akak boleh belajar dengan lebih baik..dan akak lebih memahami pelajaran sekarang kerana lebih fokus.. J

Buat adik-adik yang tengah bercinta dan putus cinta sekarang..akak nak cakap satu je..walau sekuat mana kamu genggam seseorang itu jika bukan jodoh kamu..maka tidak akan kamu dapat bersamanya..dan jika kamu jauh dengan seseorang itu dan berpisah teruk mana pun kamu dengan seseorang itu jika memang dia jodoh kamu..maka kamu akan tetap dapat bersamanya suatu hari nanti..kerana sayangku..jodoh kita sudah tertulis di luh mahfuz..jika inginkannya doakanlah dia..simpan seseorang dalam doa kerana doa akan diangkat kelangit.. J

Satu pesan akak..bercinta ini bukanlah semuanya indah..bercinta itu boleh..bercintalah secara diam..innallah ha maana..Allah kan ada..mengadulah..mintalah dekat Allah..jika minta dengan manusia tidak boleh..minta dengan Allah..minta..mohonlah..Allah kan sentiasa bersama kita dan sentiasa mendengar doa kita..tetapi dengan syarat kita pun kenalah buat apa yang Allah suruh dan jangan buat apa yang Allah larang..jangan cepat give up..bangkitlah..jadikan Allah tunggak segalanya..insyaAllah..paling senang adik-adik banyakkan istighfar..insyaAllah Allah akan tunjuk jalan yang terbaik untuk kita..Ingatlah kembali apa cita-cita ibu bapa kita kepada kita..ingatlah segala keperitan ibu bapa kita dalam membesarkan kita..Jangan kerana kekecewaan kita menyebabkan kita kita kecewakan mereka..Ibu bapa kita dah banyak menghadapi kesusahan..apa pun kita nak buat cuba fikirkan apa akibat kepada mereka..tolong fikirkan ye adik-adik..

Buat adik-adik yang nak menghadapi peperiksaan fokus dan jangan cepat give up..sentiasa bersangka baik..insyaAllah..Allah kan ada..walau sesukar manapun ujian yang adik-adik hadapi sekarang..kuatlah..izlah niat! Betulkan niat..ingat kita belajar untuk siapa?? Untuk apa?? Dan untuk buat apa..ingat kita belajar kerana Allah..untuk Islam..untuk ibu ayah dan untuk diri sendiri..sentiasa ingatkan diri tentang itu..insyaAllah kita tidak akak  terpesong dari niat sebenar kita..percayalah Allah sentiasa ada..kerapkan buat amalan sunat-sunat seperti buat solat sunat tahajud dan dhuha..walau bagaimanapun jangan abaikan yang wajib ye adik-adik..

Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran ALLAH-
-Al-Quran-

Setakat ini sahaja post kali ini..buat adik-adik akak sekalian..ingat apa akak pesan..jadikan Allah tunggak segalanya..apa-apapun kembalilah kepada dia..rahmat Allah sentiasa bersama kita..Jangan sesekali merasa Allah jauh..kalaupun jauh kerana adik-adik menjauhkan diri dariNya..kembalilah..senyumlah dengan setiap ujian..ucapkanlah..mafi qolbi ghairullah(hanya Allah dihatiku),hasbunallah(cukuplah Allah bagiku), la tahzan la tahinu (jangan bersedih jangan lemah) qawi lillahitaala(kuatlah kerana Allah Taala), Innallah ha maana(Sesungguhnya Allah bersama kita) ^_^

Setiap ujian itu ada imbalannya ^_^

Assalamualaikum.. 

No comments:

Post a Comment