Assalamualaikum
and hye readers ^__^
Pernah tak kalian ingin cuba menjadi yang terbaik untuk
orang lain tetapi tetap menyebabkan mereka kecewa dengan kalian?? Mesti pernah
kan?? Macam fiqa.. serius fiqa cakap setiap hari fiqa selalu cuba memuaskan
hati orang lain dan taknak menyakiti hati sesiapa..tetapi selalu akan sebabkan
mereka itu sedih dan kecewa sebab fiiqa..sedih sgt..sedih !! :’(
Selalu fiqa muhasabah diri fiqa..betullah apa diktakan
pepatah.. jadilah seorang
yang ikhlas bukan menjadi yang terbaik kerana manusia tidak sempurna dan
selalu membuat salah.. Sedihkan bila kita telah cuba buat yang terbaik tapi
tiba-tiba seseorang itu berkata kita sengaja menyakitinya dan tidak tahu nak
jaga hati mereka..sedih nya..sedih sgt!!
Sebab itu ayah fiqa selalu memarahi fiqa kerana katanya fiqa
terlalu lemah..selalu merendah diri..selalu nak kalah dan mengalah dengan orang
lain walaupun fiqa tahu yang fiqa betul..sejak itu fiqa menjadi seorang yang
lebih berkeyakinan diri..fiqa menjadi lebih berani untuk menolak dan berani
untuk mempertahankan pendapat fiqa..fiqa akan bercakap sesuatu yang fiqa yakin
betul dan selalu berfikir sebelum bercakap..
Fiqa tahu tidak semua hati kita mampu jaga sebab ada masa
kita perlu menjaga hati kita sendiri..jangan terlalu lemah dan senang
mengalah..walaubagaimanapun kita kena lah menerima teguran orang kepada kita
kerana kadang-kadang apa yang orang pandang tentang kita ada betulnya..oleh itu
cubalah berubah dan berusaha jadi lebih baik..bukannya merendah diri dan tidak
mahu berubah kerana katanya terima seadanya sifat sendiri..bukan begitu wahai
sahabat..kita kena berubah juga demi kebaikan kita sendiri..
Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah keadaan hambanya sehingga mereka mengubahnya sendiri
-Al-Quran 13:11-
hati ini memang lah lemah dan sedih bila orang bercakap
tentang sesuatu yang tidak elok tentang kita dibelakang kita..tetapi
sahabat..apa kata jangan kita melihat kepada kata-katanya..cuba kita pandang
diri kita dan muhasabah diri kita balik..cuba fikir..kenapa kita dikata
begitu dan tidak disukai..cuba tanya
diri balik..barangkali kita pernah membuat orang terasa dengan kita dan boleh
jadi kita pernah buat seperti mereka itu..boleh jadi kita pernah bercakap
tentang sesuatu yang salah dibelakang teman itu..muhasabah itu perlu
sayangku..kadang-kadang apabila kita muhasabah kita tidak akan sempat untuk
dengki dan berjauh hati dengan orang lain pun..tidak akan sempat !! kerana
apa?? Kerana kita asyik menyesal dan sentiasa merasakan apa sahaja ujian itu
adalah imbalan terhadap dosa yang pernah kita pernah buat.. dan perasaan itu
sahabatku..indah ! indah sangat! Indah apabila kita tidak ada rasa dengki dan
sakit hati dengan orang..alhamdulillah..itu maknanya hati kita masih bersih dan
insyaAllah jauh dari sifat atau penyakit hati J
Fiqa bercakap tentang ini bukanlah hendak bercakap tentang
hati fiqa bersih..tidak wahai sahabat..Cuma sahabat..fiqa hanya kongsikan
perasaan seorang sahabat fiqa ini..bagaimana dia memberitahu fiqa betapa
perasaan dia..tidak pernah merungut dan bercakap tentang keburukan orang
lain..jika bercakap tentang fiqa..memang tidak tipu..hati fiqa masih belum
bersih..masih ada sakit hati dan marah degan seseorang tetapi fiqa cuba
bertahan dan tahan perasaan ini dengan membaca al-Quran..kerana jika dibiarkan
meletus..mungkin tidak akan selamat..huhu
Fiqa ada tips macam mana nak kawal perasaan marah dan terasa
hati..tips ini diberikan oleh ustazah fiqa..dan Alhamdulillah memang berkesan J
Tips mengawal kemarahan
-mengubah kedudukan..jika berdiri
ubah kepada duduk..jika duduk cuba baring atau berdiri..
-selawat keatas nabi 11 kali
-istighfar banyak-banyak
-membaca al-Quran
-menangis jika mahu..mengadu dengan
Tuhan tentang perasaan kita..minta Allah jauhkan perasaan itu dari hati kita..
Sahabat..perasaan marah itu sebenarnya dari
syaitan..perasaan nak mengamuk dan nak merajuk itu semua dari syaitan dan nafsu
sendiri..oleh itu kita kena cuba mengawalnya..kerana jika dibiarkan ia akan
melarat dan akan melibatkan orang lain..oleh itu..cuba kawalnya dengan banyak
membaca al-Quran..istighfar dan selawat..insyaALLAH kita boleh berubah J
Setakat ini sahaja post fiqa kali ini.. semoga
bermanfaat..maafkan andai fiqa ada tersalah dalam apa jua bentuk
kesalahn..maafkan fiqa..mohon tegurlah fiqa..assalamualaikum ^_^
No comments:
Post a Comment