Sunday, 1 December 2013

Percintaan



Assalamualaikum and hye readers ^_^


Harini nak share sikit tentang percintaan..cewaahh..cara cakap macam dah kahwin dan layak bercinta :3
Hehehe :D
nak bajet matang sat..ngee~

Macam mana kita nak tahu seikhlas mana kita mencintai seseorang itu?? Ikhlasnya kita kepada dia ialah apabila kita tidak meruntuhkan maruahnya, tidak menyakitinya dengan sengaja dan mengajaknya membuat maksiat dan kejahatan sebaliknya kita sering mengajaknya membuat kebaikan.. 

Tapi yang paling ikhlas cinta dalam diam..iaitu mencintai seseorang tanpa ada orang yang mengetahuinya.. kedengaran mcm sedih je.. cinta itu sebenarnya lebih baik..why ?? sbb kita hanya mencintai seseorang yang tak pasti dalam diam..yang mampu kita buat hanya mencintai dan mendoakannya dalam diam..

But seriously bila awak mencintai seseorang dalam diam awak akan tahu betapa ikhlas dan setianya awak pada dia even dia tidak melihat awak dan merindui awak even mengucapkan perkara yang sama dekat awak.. percintaan tak semestinya perlu ada pertemuan dan perhubungan.. bagi saya cinta adalah apabila hati kita selalu mengingatinya.. selalu menyayangi dan mendoakannya dalam solat dan doa kita.. susahkan nak bercinta tanpa berjumpa ? why ?? Syaitan yang sering menghasut kita untuk merosakkan sesuatu percintaan.. melainkan jika awak dan dia sudah berkahwin.. itu memang sudah halal untuk awak berjumpa dengannya.. tetapi bagi yang belum mendirikan rumahtangga belumlah halal untuk awak berjumpa dengannya secara persendirian melainkan situasi dan tempat yang mengizinkan..

Yes..Oleh itu janganlah kita mendekati sesuatu yang tidak baik..

La taq’rabul zina - janganlah engkau menghampiri zina..

Rindui dan sayangi dia dalam mendapat redha Allah.. janganlah melebihkan cinta awak kepada dia daripada cinta awak kepada Allah.. jika sudah..insyaAllah cinta awak diredhai..banyakkan berdoa wahai sahabatJ
Oleh itu..berdoalah dan senyumlah ..percayalah perancangan Allah yang terbaik dan betul.. jika awak benar cintakan dia.. peganglah hatinya untuk seberapa lama tapi jangan pegang tubuhnya , insyaAllah.. jika memang benar jodoh..awak pasti akan bersama dengannya J

Disini saya nak share lirik sebuah lagu..dah lama dah saya dapat lirik nie..


Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan seandainya telah kau catatkan,
dia milik ku tercipta utk diriku,
satukanlah hatinya dgn hatiku,
titipkan kebahagiaan.

Ya Allah ku mohon apa yang telah kau takdirkan,
ku harap dia adalah yg terbaik buatku,
kerana engkau tahu segala isi hatiku,
pelihara daku dari kemurkaanmu.

Ya Tuhanku yg maha pemurah,
Beriku kekuatan jua harapan,
membina diri yg lesu tak bermaya,
Semaikan setulus kasih dijiwa.

Ku pasrah kepadamu ,
kurniakanlah aku pasangan yg beriman,
bisa menemani aku supaya ku dan dia,
dpt melayar bahtera ke mara cinta yg kau redhai..

Ya Allah..oh Tuhan..seandai dia..satukanlah

Ya Allah ku mohon apa yg telah kau takdirkan,
ku harap dia adalah yg terbaik buatku,
Kerana engkau tahu segala isi hatiku,
pelihara daku dri kemurkaanmu.

Ya Tuhanku yg maha pengasih,
kau sahaja pemelihara aku,
dgrkan rintihan hambamu ini,
jangan engkau biarkan ku sendiri.

Agarku bisa bahagia walau tanpa bersamanya,
gantikanlah yang hilang,
tumbuhkanlah yang telah padam,
ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat,
padamu Tuhan ku mohon segala…



Teguran Itu Tanda Kasih Sayang ^_^


Assalamualaikum and hye readers ^_^


Ya Allah!
Bersawangnya…blog sape nie..hahahaha…

Ok fine..fiqa baru je habis exam..alhamdulillah..hee :D
Anyway! Harinie fiqa nak cerita sesuatu ?? tentang apa??
Tentang video parody

Seriously..fiqa sebenarnya tak berapa minat dgn parody yg selalu orang buat tu..tahu sbb ape? Sbb fiqa tak suka melihat orang lain memalukan orang ..
Kita nie siapa nak judge orang??perfect sgt ke? Sebenarnya boleh je kalau kita nak tegur orang itu tanpa perlu maki , mengutuk dan memalukan dia..

Rasululullah sering mengingatkan sahabatnya agar menegur seseorang itu perlulah berhikmah..

Macam mana hikmah tu ?? maksudnya nasihat tu jgn sehingga memalukan dia..cuba tegur dia depan2..
Let’s give one example ..Mcm kes adik awani..fiqa rasa kita tak layak nak kutuk2 dia..dia pun manusia biasa..tegurlah dia secara personal..jgn terus sembur je..kita nie sahabat..kalau ikut imperfection kita nie..tak layak nak kutuk orang..dan ayat paling sedap nak cakap…sebelum nak kutuk orang tolong cermin diri dulu :D


Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang yang saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. -Al-asr : 1-3

Sebenarnya fiqa malu bila baca apa yang orang komen bila ada je video yang hangat.. sampai pernah seorang kawan fiqa cakap 
“bila hang rasa down atau berasa gagal.. hang baca komen di laman sosial tentang politik ,, mesti hang akan berasa hang lebih bijak”

Then..u know what..seriously..memg pung :3
Mcmlah isu politik sekarang kan..fiqa tak tipu fiqa pun pernah jugak kutuk dan tak puas hati dgn orang..tpi actually fiqa lebih suka berterus terang dgn orang itu..cakap secara personal..kan lebih molek gitu :3

Kan lebih baik kita cakap “ semoga anda diberi hidayah Allah..insyaAllah”
daripada..
“kenapa hang bodoh sgt??tak cerdik..buat video mcm nie..memalukan mak bapak je..baru kecik dah gatal..berjanji bagai”

Sebenarnya fiqa tumpang sedih dengan adik awani..hey hello dia tu budak sekolah menengah kot..dia belum keluar jumpa dunia sebenar lagi..tegur dan doa moga dia diberi hidayah..
Sebab sebenarnya apa yang kita kata dekat orang akan patah balik dekat kita..seriously..if korang cakap camtu..tggulah lagi dua tiga tahun..anda akan merasai balasannya :-D

Kalau dah tak reti nak nasihat orang macam mana meh nak ajar sahabat2 sekalian

1.      Berjumpa secara personal dan menegur dia secara berhikmah tanpa perlu memalukan dia
2.      Jangan cepat menghakimi seseorang sebelum tahu hal sebenar
3.      Mendoakan dia



Wahai sayangku
Marilah kita sering muhasabah diri
Kita dapat pahala dan dapat elak buat dosa..

Jika kita sentiasa muhasabah diri..nescaya kita tidak pernah sempat untuk dengki dan sakit hati dengan orang pun..

K sekian sahaja tazkirah harinie :3

Maasalamah J

Sunday, 8 September 2013

Arrogant and perfection :3



 Assalamualaikum and hye readers ^_^


Hmm,, so what do you think about arrogant?? It’s a bad thing or it is good thing sometimes?? For me la kan ,, arrogant or in malay we call sombong its not a good thing right or what we say it’s a bad thing.. I don’t think we should not be sombong dgn apa2 pon yang kte ade dalam dunia niee..sbb sume benda tu sementara jee..so apa pndpat korg kalau ada org yg pling rapat dgn korang ada yang sombong dan bangga gilaa dgn ap yang mereka ada..?? 

The second thing is perfection..do u have know about mr or mrs perfect ?? hmm,,pada fiqa,,there are no people or such a thing in this world is perfect right?? So why still have a mr/mrs yang mengaku they are mr/mrs perfect?? Only Allah that’s Perfect in this world..just Him and only Him.. so for those yg rse dieorg tu perfect sgt u should think properly?? Even Nabi Muhammad didn’t say he is perfect.. while we know that only good person and such a humble person and the best servant of Allah is only Nabi Muhammad.. are u think that u are over good than him ?? Ask yourself before say it.. I’m sorry for all my wrongdoings,,its just my opinion..takder kaitan dgn yang hidup dan yang mati :D

Last word dari fiqaà
pride, luxuries, money, and such thing like it takkan bawak kamu ke syurga,,tpi cume amal ibadah,iman dan taqwa yang akan dikira nanti.. u should be prepare from now !! J


 -pesanan utk diri sendiri jgk ^_^ insyaAllah..

Tuesday, 27 August 2013

Repeat SPM …



Assalamualaikum and hye readers ^_^


what do you think about this topicc~~ perghh!! Makan dalam tuu..hhuhuh..

This is real story of me..i was repeating my SPM this year to repair my result on SPM..to get A in certain subject Science..sometimes I think this is very insulting..but otoke (what should I do) huhu.. but when I’m thinking to continue to achieve my ambition that is to be a doctor… I have to repeat my paper.. now I was stop study to repeat my paper.. because I have try study medic with study for SPM .. I can’t handle my time properly,,so with help my lecturer they give me an opinion to stop first then after SPM, I can continue again.. I was thankful cause I have many lecturer that really understanding. Eventhough they are foreigner and non Muslim but they are very kind to all of muslim.

I was started with register tuition near with my house.. When I have flashback I was remember that when I’m in Mestech that is when practical foundation I have tell to my friends that, if I got a chance, I want to repair my SPM result. So I just think that Allah hear my favors... so I will re-seat my SPM this year ^_^

Feeling exciting ! when I’m in tuition class, most of my junior was really kind and want to help me.. they also do not think negative to me..and I always think positive for all the things that happen to me either bad or good..because I know that the purpose of Allah is the best and always right..and u know what..

seronok jugak jadi budak sekolah balik..heheh :D

Anyway!! Please pray for me friends :)

So everytime when I’m down I will look at this wisdom-->



and SMILE :)



Friday, 9 August 2013

Biology Song Writing 2011 ~



Assalamualaikum and hye readers ^__^


It’s bored here,,hehe..today,, I want to share with u all what I had made when I’m in foundation at Kolej Mara Kuala Nerang at Kuala Nerang, Kedah..and it is actually 2 years ago..hehe..the course I had taken at KMKN is foundation in science and technology for science, we need to make a song writing and its for our carry mark…the way is we must write a lyrics using a biology information and make it song and sing it in front of our friends. Me with my classmate write a song from the song entitle ‘more than words’ by Westlife.

Here is the lyrics that we had made it :D hehe ..
enjoy !!


MORE THAN HEARTS

This is the heartbeat
The right atrium where the process starts
Where the CO2
Blood enters the heart through vena cava
And goes through tricuspid then the right ventricles
And pumps to pulmonary artery through semilunar
Valve and the blood pumps back towards the lung
Coz you already know.

Then,all the blood return back into the heart
Through the pulmonary vein
It enters left atrium
And it goes through bicuspid and to the left
Ventricle then it pumps to
Aorta through semilunar

I`ts more than words
I`ts more than what you say
I`ts the things
You do, oh yeah(2kali)
More than heart

Now i`ve tried To talk to you and make you understand
All you have to do is to keep exercise
To help your heart and eat healthy
Prevent myocardial infraction
Lose some weight, be coz excess weight add stain to your heart
Then you wouldn`t have to say that you are sick
Coz we already know

Hypertension due to alcohol consumption
More than words to show you feel
That pain of angina is real
What would you say, it can take your breath away
Love your heart like we all do
And we end this with thank you.






Thursday, 25 July 2013

Malam Lailatul Qadar



Assalamualaikum and hye readers ^_^


Harinie fiqa nak share something yang fiqa rasa sangat-sangat istimewa.. J
Its about Malam Lailatul QadarActually entri nie sgt2 panjang dan terlalu banyak hadis dan ayat-ayat al-Quran yang bercerita tentang Malam Lailatul Qadar ini..so fiqa nak kongsikan maklumat yang fiqa dapat cari..

Since kita pun sudah memasuki pertengahan Ramadhan..fiqa yakin ramai sangat-sangat yang ternanti-nanti malam Lailatul Qadar,, iaitu malam kemuliaan lebih dari 1000 bulan (83 tahun 4 Bulan). Lailatul Qadar adalah hadiah untuk kita, umat Nabi Muhammad s.a.w. Ia suatu anugerah yang tidak ternilai..





Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan ihtisab iaitu dengan keadaan iman yang ikhlas ingin memperolehi ganjaran, maka terampunlah segala dosa-dosanya yang lampau dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.
-riwayat Bukhari dan Muslim


Tanda tanda Malam Lailatul Qadar

Ubadah bin Samit meriwayatkan beliau telah bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai malam lailatul qadar..Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab :

-Lailatul Qadar terjadi pada Ramadhan; dalam sepuluh hari terahir. Malam 21, malam 23, malam 25, malam 27, malam 29 atau malam terahir.

-Pada malam tersebut berkeadaan sunyi sepi penuh ketenangan serta bercahaya, tidak panas dan tidak sejuk tetapi sederhana seolah olah bulan yang memancar tenang.

-Pada malam itu panah-panah tidak kelihatan memanah syaitan-syaitan. Keadaan ini tetap berkeadaan begitu hingga menjelang subuh.

-Manakala pada keesokkan harinya sinarnya kelihatan melemah kemerah merahan. Muncul seolah olah seperti bulan mengambang penuh. Pada hari itu Allah mengharamkan syaitan naik bersama-sama matahari.


‘Pada pagi harinya setelah Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar),  seakan akan ia bejana sehinggalah ia meninggi’
-riwayat Bukhari dan Muslim


Ada pula pendapat dari Imam Ghazali Rahimullah tentang bagaimana mengenal pasti Malam Lailatul Qadar : 
-Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 29hb Ramadhan
- Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 27hb Ramadhan
- Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Isnin maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 21hb Ramadhan
- Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Khamis maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 25hb Ramadhan
- Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu maka malam lailatul qadar berlaku pada malam 23hb Ramadhan.


Rasulullah s.a.w pernah mengajar kepada Aisyah r.a. ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang dipinta jika bertemu Malam Lailatul Qadar. Jawab baginda bacalah :



*Ada juga yang berkata pada malam itu dikatakan semua pohon-pohon kayu tunduk menyembah Allah..cuaca sangat tenang dan hati-hati yang sedang sujud menyembah Allah akan merasakan ketenangan..


Amalan-Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Mulai pada jam 12 Mlm..
1-Solat sunat wudhuk selepas mengambil wudhuk.
2-Solat sunat hajat, berdoa minta kepada Allah moga dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar.
3-Membaca Al-Quran
4-Beristighfar 1000kali
5-Bertasbih
6-Selawat Keatas Nabi  1000kali
7-Sembahyang sunat Tasbih
8-Sembahyang sunat Taubat
9-Sembahyang solat sunat Tahajud dan witir.

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terasa dingin badannya kerana dihampiri oleh malaikat (sebentar sahaja)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar; kira-kira selama seorang pengembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi. Sesungguhnya membaca satu ayat daripada Al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.


Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar pula), mereka sentiasa beristighfar kepada Allah (memohon ampun)
-Surah Adz-Dzaariyaat : 16-17


Bila berbicara tentang Malam Lailatul Qadar ini menunjukkan bahawa Ramadhan iaitu tetamu yang agung dan setia berkunjung setiap tahun akan pergi meninggalkan kita.. Selalu fiqa takut apabila sudah hendak berakhirnya bulan Ramadhan,, sebab fiqa takut dan risau adakah fiqa dapat berjumpa Ramadhan yang akan datang..sedihnya Ya Allah :’( Ramadhan yang dirindui bakal pergi jua..

Pesanan dari sahabat fiqa ,

Usaha untuk mendapatkan Malam Lailatul Qadar juga haruslah dilakukan seawal malam pertama Ramadhan lagi.
 -Pipeco

Oleh itu marilah kita sama-sama  berusaha untuk membuat amal ibadat sebanyaknya dan berusaha mengejar malam Lailatul Qadar ! InsyaAllah semua umat Islam berpeluang berjumpa dengan Malam Lailatul Qadar.. Aamiin..InsyaAllah wahai sahabat ^_^
Setakat ini sahaja entri fiqa kali ini.. Jika ada kekurangan dan maklumat tambahan bolehlah dikongsi bersama ^_^


*Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Solat Terawih*



Wednesday, 10 July 2013

Tentang Sahabat ^__^



Assalamualaikum and hye readers ^_^


Alhamdulillah..harinie fiqa nak bercakap tentang sahabat..

Pada fiqa, sahabat sebenarnya adalah amanah Allah kepada kita..itu bermakna

-kita bertanggungjawab menjaga sahabat kita,

-kita bertanggungjawab menyayanginya..

-kita bertanggungjawab membawanya kejalan Allah..

Tahukah anda sahabat yang terbaik adalah sahabat apabila kita melihat wajahnya kita teringat Allah.. Setiap kata-katanya bermakna dan membawa kita kejalan Allah.. susahkan hendak berjumpa sahabat begitu?? Memg benar,,amat-amat susah..tetapi tahukah anda memang wujud dan ada didunia ini sahabat begitu ..

Buat sahabat-sahabat fiqa..

Maafkan aku wahai sahabat..aku belum mampu menjadi seorang sahabat yang baik padamu..aku belum mampumenjadi yang terbaik untukmu..aku gagal menunjukkan tauladan yang baik untukmu..aku gagal berada disamping kamu disaat kamu perlukan aku..aku turut membuat khilaf..ampunkan aku ya Allah..ampunkan aku kerana tidak menjaga amanahMu dengan baik  :’(

Fiqa sayang anda semua..Anda semua tetap sahabat fiqa dunia dan akhirat..walaupun kita tidak dapat berjumpa dan tidak berhubung..fiqa sangat-sangat merindukan anda semua.. fiqa tidak pernah lupakan anda semua :’)

-Nur Nadhirah, Muna Izzati, Farah Najihah , Naimah, Khadijah, Zulaikha, Siti Zalikha, Kak Nurul Adilah, Zufianda, Amirah, Nadia Farrina, Siti Nur Suhaila, Ayuni , Faten Nurul Amira, Anie, Qatrunnada, Sakinah, Hanis Afiqah, Athirah, Farah Dina, Putri Shuhaili, Amirul Zamri, Mujadid Fadhlullah, Wafi Syazwan, Syahmie, Ayunurili, Fatin Najwa, Tengku Aishah, Amanina -

Walaupun begitu..fiqa akan berusaha menjadi sahabat yang baik..semoga Allah merahmati kita semua..insyaAllah ^_^
dan
Semoga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah! 
Aamiin Ya Rabbal Alamin ..


Doa untuk sahabat 

Ya Allah,
panjangkanlah umur sahabatku,
kurniakanlah kesihatan yg baik untuknya,
terangi hatinya dgn nur pancaran iman ,
tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama ,dunia dan akhirat.

Ya muhaimin,
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang tertaut padaMu,
agar tidak jatuh dia ke jurang cinta nafsu,
jagalah hatinya agar tidak berpaling dari melabuhkan hatinya pada hati,
jika dia rindu,
rindukanlah dia kepada seseorang yg merindui syahid ke jalanMu.

Ya Allah..
Jangan biarkan shabatku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan menyeru manusia kejalanMu,
jika kau halalkan aku merindukan sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki
rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

Ya Allah..
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan,
kecemerlangan, dan  hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran,
serta liku2 hidup didunia dan akhirat kelak.

Aamiin,amin ya rabbal alamin,

Tuesday, 9 July 2013

Kehilangan ??



Assalamualaikum and hye readers ^_^


Pernahkah kalian mencintai sesuatu tetapi perlahan-lahan sesuatu itu pergi menjauhi dari kalian..mesti pernah kan??selalu kita rasa patah hati dan kecewa bila kita kehilangan sesuatu yg kita cintai..sama ada kehilangan manusia atau harta benda..

Ye… fiqa akui fiqa pun pernah merasakan perasaan itu..Ya Allah,,seriously perit , sakit, kecewa, sedih… semua perasaan itu bercampur dan membuatkan fiqa lemah dan tak mampu nak teruskan hidup bila kehilangannya.. tapi setiap kali fiqa solat dan mendoakan agar kejadian itu dapat diperbetulkan.. hakikatnya fiqa tidak mampu buat apa-apa.. kerana itu semua telah pun berlaku.. fiqa hanya mampu cuba melupakan dan jangan ulangi perkara yang sama hingga kehilangan yang lain pula.. sedihnya bila memikirkan tentang itu.. fiqa cuba lupakan tetapi fiqa tak mampu..tiada siapa yang tahu perasaan itu selain Allah S.W.T.. walaupun sudah lama perkara itu berlaku.. tetapi fiqa tidak pernah melupakan hal itu.. tetapi fiqa gembira kerana setiap semua yang berlaku ada hikmahnya kerana  Allah hadirkan perasaan hamba dalam diri fiqa selepas kejadian itu.. bila fiqa sentiasa akan menangis kerana berasa berdosa yang tidak sudah.. sayangnya Allah kepada fiqa…ya Allah :’) mungkin selamanya fiqa tidak akan lupakan perkara itu..walaupun begitu fiqa redha dengan segalanya..fiqa redha dan ikhlas dengan segala ketentuan ilahi..tetapi jika dia membaca blog ini..fiqa nak dia tahu fiqa akan tetap mendoakannya dan selamanya akan mendoakannya J

Kehilangan sesuatu sebenarnya kerana Allah nak gantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik dan membahagiakan.. 

percaya atau tidak mari kita fahami makna petikan ayat dibawah :


`` Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui ,sedangkan kamu tidak mengetahui. ‘’ –surah Al-Baqarah : 216


Setiap kali fiqa mendengar ayat diatas… fiqa jadi terduduk.. kenapa?? kerana fiqa tahu fiqa seolah-olah tidak redha dengan Allah.. apabila fiqa asyik mempertikaikan kenapa mesti fiqa yang lalui semua ini..

Ya Allah,,ampuni fiqa :’(

Oleh itu jangan terlalu kecewa dengan sesuatu yang kita hilang..bangunlah dan kuatlah..percayalah Allah bukan saja-saja nak kita diuji kehilangan sesuatu yang kita cintai.. Cuma Allah nak kita kembali padanya kerana selalunya manusia akan kembali kepada Allah selepas berasa kecewa dan berdosa..kalau pun sudah Alhamdulillah ^_^

Cuma satu je cinta itu milik Allah,, apa-apa pun mohonlah kepada Allah.. moga Allah membantu kita mengatur langkah agar tidak terjatuh kita dalam jurang cinta nafsu J cintailah sesuatu itu kerana Allah..nescaya kamu akan mendapat redha Allah ^_^


Lastly,, berharap tu boleh tetapi jangan terlalu berharap hingga melemahkan apabila kita tidak dapat seperti yang kita inginkan..






Maaf ^_^



Assalamulaikum and hye readers ^_^



Ucapan maaf itu kelihatannya seperti senang dan mudah disebut..tapi tahukah anda apabila anda mengucapkan perkataan itu kepada seseorang setelah anda terbuat atau sengaja buat salah padanya..dan anda berani mengaku kesalahan anda, itu bermakna anda dapat melawan nafsu ego anda..

Tahniah Wahai Sahabat ^_^

Seringkali bila kita buat salah kepada seseorang itu kita akan rasa puas tetapi selepas itu, tiba-tiba kita rasa bersalah padanya..hendaklah anda bersyukur kepada Allah kerana Allah masih memberi perasaan begitu kehati kita.. kerana Allah masih memberi sinar hidayah kepada kita.. kalau kita pernah membuat salah dan berasa puas tanpa ada sedikit pun perasaan bersalah..berasa takutlah anda kerana itu bermakna hati anda sudah diselaputi kotor perasaan hasad dengki..kembalilah kepada Allah..bermohonlah kepada Allah moga disucikan hati kita dan dijauhkan perasaan begitu dari hati kita..

Kadang kala kita terbuat salah dan memohon maaf,,tapi kita masih tetap melakukan kesalahan yang sama.. yes..Manusia tidak ada yang sempurna..jadi sahabat-sahabat jika kita mempunyai rakan dan sahabat seperti itu janganlah sekali-kali kamu semua meninggalkannya dan menghindarkan diri daripadanya apabila dia tetap melakukan kesalahan walaupun sering meminta maaf.. kita kena sentiasa berada bersamanya dan tetap menegurnya..kerana apa? Kerana dia memerlukan kita untuk berubah.. cuba bayangkan jika kita tinggalkannya..bukankah kita membiarkan dia terus membuat salah dan biarkannya terkapai-kapai.. sanggupnya kita..! cuba bayangkan jika itu ialah kita..pasti kita sedih dan kecewa kan..jadi jangan kamu melakukan hal begitu kepada rakan-rakanmu.. satu pesanan dari fiqa.. jangan pernah kamu penat menegur mereka.. Jangan pernah penat mengajak rakan-rakanmu kearah kebaikan.. 
JANGAN PERNAH WAHAI SAHABAT !

Wahai sahabat..tahukah anda orang yang meminta maaf lebih mulia dari orang yang menerima maaf..walaupun begitu janganlah kita tidak mahu memaafkan seseorang yang meminta maaf..memberi maaf juga haruslah sentiasa berhati-hati…jangan berjanji jika tidak dapat tepati..Allah S.W.T.  sendiri mengampunkan hambanya yang selalu ingkar kepada perintahnya, Rasulullah juga sentiasa memaafkan umatnya yang sering menyakitinya.. apatah lagi kita yang hanya hamba biasa.. Oleh itu marilah kita memaafkan dan ikhlaskanlah hati kita dalam memberi maaf J

Dikesempatan ini saya, Siti Afiqah binti Abd Rahim ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya..maafkan saya kerana selalu membuatkan kalian tiak senang dengan sikap saya selama ini..sejujurnya saya ingin menjadi seorang yang dapat mebahagiakan semua orang dan tidak mahu menyusahkan sesiapa pun..tetapi nafsu dan mazmumah sering menjadi alasan hingga telah menyakiti dan mengecewakan kalian..maafkan saya kerana ketelanjuran saya dalam berkata-kata dan sikap saya..saya memang tidak sempurna dan sering melakukan kesalahan..tetapi Allah masih sayangkan saya bila telah hadirkan kepada saya sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang sangat menyayangi saya dan sentiasa menegur saya..

terima kasih wahai sahabat ! tiada apa yang dapat saya berikan selain ucapan jutaan terima kasih dan doa ^_^


Akhir sekali.. sedarkah kalian semua yang ucapan maaf mampu menyatukan dan mengeratkan hubungan antara manusia ^_^


Thursday, 4 July 2013

Dosa ?? :’(



Assalamulaikum and hye readers ^_^





Seringkali  kita melakukan dosa kemudian kita bertaubat namun kemudian kita masih ulangi kesalahan yang sama,,sedangkan kita telah bertaubat bersungguh sungguh tapi masih tetap mengulangi dosa yang kita pernah lakukan…apa yang boleh dikatakan manusia tak ada yang perfect..setuju?? seriously bila setiap kali kita berbuat dosa kemudian tiba2 terlintas di hati kita

 “ Ya Allah,, apa yang aku buat ini salah,,satu dosa ya Allah ’’

 tahukah anda semua itu semua adalah lintasan hidayah.. Allah,,setiap hidayah itu milik Allah,,apabila kita sudah mendapatkannya ,,genggam lah,,peganglah erat2,, jgn sesekali kita lepaskan genggaman itu..Allah.. sedih btul bila hilangnya hidayah itu,,hancur hati ini melihat hidayah itu pergi tetapi kita tak cuba gapai balik hidayah itu..Allah!! dalam hati ini tahu betapa pentingnya hidayah..tpi selalu sgt mereka berkata.``tidak apa,,hidayah itu milik Allah,,blum sampai seru’’..tahukah anda,,hidayah tu Allah dah kurniakan pada setiap orang..sama ada kita nak gunakan, keluarkan atau membiarkan saja ia berada dalam hati kita. Bukan saja-saja Allah kurniakan pada diri kita,,ia untuk kita gunakan dan manfaatkannya.. Ayuh kita manfaatkannya sahabat !!

Pernahkan suatu saat,,dirasakan tiada siapa2 untuk kita,,pernah kita rasa lemah kerana dosa..pernah suatu saat kita rasa sunyi sgt2..pernah suatu saat kita rasa kecewa dengan diri kita..rasa tidak layak hidup didunia ini..pulanglah kepada Allah..solatlah..berdoalah..Allah sentiasa ada wahai sahabat..berdoa dan jgn pernah putus harapan kepada Allah..harapan Allah sentiasa ada.. Allah sentiasa bersama kita..percayalah wahai sahabat J selepas kita bertaubat sungguh sungguh iaitu berjanji takkan ulangi lagi kesalahan kita yang dulu,,insyaAllah..sahabat2 akan rasa tenang sangat..tenang yang amat sangat ,,ketenangan yang sahabat2 rasa tidak mahu hilang..Itulah ketenangan ilahi,,Allah..manisnya iman!!

Tahukah sahabat-sahabat,,apabila kita telah berdoa bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu..tetapi kita rasakan Allah tidak mengabulkan doa kita..sebenarnya Allah bukan tidak mengabulkan doa kita tetapi Allah hanya menunda pemberiannya..kerana apa?? Kerana Allah rindu nak dengar rintihan..luahan dan permintaan dari kita..Allah rindu wahai sahabat-sahabat..Allah mahu mendengar rintihan hambaNya.. kadangkala Allah gantikan pemberiannya dengan yang cara lain..dan semestinya lebih baik kepada kita..percayalah wahai sahabat,,SETIAP PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK

Apabila ditimpakan ujian,, janganlah kita lemah2..kuatlah..be tough and stay strong wahai sahabat !! Sesungguhnya Allah sangat mencintai hambanya yang sabar..bukan saja-saja Allah nak timpakan kita ujian..Allah cuma nak menguji tahap keimanan kita sahaja…lagipun Allah rindu nak dengar rintihan taubat dan luahan hati dari kita…kembalilah kepada Allah,,luahkanlah kepada Allah..Allah mendengar segalanya,,even apa yang terdetik dihati kita..pernah apabila kita berniat nak berbuat jahat,,malaikat belum pun mencatit dosa kita..tetapi apabila kita sudah buat salah itu baru dicatitkan dosa kita..kerana apa wahai sahabat?? Kerana Allah sayangkan kita..Allah beri kita masa untuk berubah..barangkali kita akan berubah dan tidak jadi buat perkara itu..bukankah itu bukti Allah sgt2 mencintai kita?? Allah..terima kasih ya Allah :’)
Mari kita fahami makna ayat dibawah..

Maka,ingatlah kepada-KU, AKU pun kan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar terhadap-KU. Wahai orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.Sungguh, ALLAH bersama dengan orang yang sabar. – Al Baqarah : 152-153

Lastly..Ayuh sahabat-sahabat..marilah kita berubah..mari kita tukar tempat pengaduan kita yang pertama..iaitu kepada Allah..nescaya sahabat-sahabat tidak akan pernah menyesal..even sedikit pun..
marilah kita rebut peluang mencintai dan merindui Allah dan Rasul-NYA..
Ayuh kita mengadu kepada Allah.. Apa pun ujian kita..even kita hendak menangis pun..menangislah kemudian tersenyumlah.. senyumlah,,Allah melihat tahap keimanan kita ketika itu..Allah mencintai kita wahai sahabat.. Oh Allah!! terima kasih Ya Allah J


Psst..* Awak nak tahu tak?? Awak nampak awesome dengan senyuman kesabaran itu..bergembiralah awak..kerana Allah mencintai awak  ^_^ *




Wednesday, 26 June 2013

Jeng jeng :D


Assalamualaikum and hye readers ^_^


Jengjeng…harinie sy akan buat keje jahat skit..wikikik… :3
btw,,nie karangan yg adik sy buat mse kteorg jge atuk kteorg dkt hsb..hehehe.. malunyee sbb die cter pasal sy jugak..tpi sje la..nak knekan die dgn post bnde niee…harap2 die taktahu…heeeehehehe :D
nie karangan diee
à

Hari ini saya….
Nama saya anis ‘aliah bt abd rahim,,umur hmmm…14 taon kowt,,taon nie taon 2013,,x kisah la saya nie ank sapa pon.saya tetap org biasa…Cuma jadual harian saya saja yg lain c-kit,,heheheh,,,pagi2 saya bangun pkul 6 klu kat umah tpi kadang2 saya bangun la awal c-kit,,klu kat asama saya kene bangun kol 4 pagi..pling lewat pon pkul  5.30 pagi,,,ish ish ish..x patut2,hari e2 25 mey iaitu ari sabtu..saya bangun tido kol 6.25 pagi,,lambatnya bangun,,puas tido!!pastu saya sambung tido lps solat subuh kat dlm bilik..mak saya blik pastu dtg bilik  dan marah saya bab tido lps subuh,,mak saya suruh saya siap bab nak kene ganti kakak saya yang ngah jaga kat hsb,,,dgn bangganya saya segera bgn lalu gerak ke bilik air pastu mandi nga sabun jeng3….SECRET GARDEN HIMALAYA!!!wangi ooo…warna purple lak tu…tu noh,,mula2 mak saya Tanya nak mkn apa saya kata nak mkn nasi lemak jerr dah ckup,,,saya x la gmok cgt…tpi gmok la gak ann…smpi kat hsb saya tgk kakak siti sy ank yg ke 4  ngah tertonggeng pning kepala cian nyerrr!!!...e eh lupa nak bagitau ..saya ada 10 org adik beradik 3 org ibu bapa,,nama ayah abd rahim bin tahir,,mak 1 ,wan suriani bt wan daud,,,pastu mak 2 plak,ummu aiman pfordten bt abd rahim pfordten..sama x nama ayah saya dan nama atuk saya,,pastu ank 1 nurul nadiah ..ank no 2 mohd taqiudin.3 ahmad muaz…yg ke 4 siti afiqah,,5 siti suqainah,,no  6 nor ‘iffah,,pastu sya ank no 7 anis aliah,,bwh saya mohd saifuzzaman,,8 orng  ank mak 1,,ank mak 2 ada 2 org je nama dia,,haneefatul adeebah yg kakak,,haneefatul munawwarah yg bongsu…saya suka nama nie,,ANIES ALIE ALEYYA..ni nama tipu saya klu org Tanya nama saya apa saya ckp la anies alie aleyya ke,,sarah alia ke,,intan balqis ka byk da saya tipu org tpi depa ttp tahu nama saya anis…geramnyerrr saya,,lagi2 si dodol tu,,x pdn ngan kurus comel plak tu..org ckp nama org sara alia dia dok kata nama org anis ,,mn dia tau saya ni sapa,,saya Tanya cam na dia bleh tau ni saya dia kata dia tgk gambar saya yang poyooo tu,,lagi sorang baby osinn,,x padan ngan baby dah la comel lote lagi lalalala pula…klu nk ckp ngan dia mesti dia kata saya ni gmok,,saya pon kata la dia tu tembam,,klu korang tgk muka dia mesti korang geramm cgt..sambung cerita,,,saya pon pegi la ganti kakak saya yg pening tu bab dia nk gi kelas..ish mcm2 la dia ni..ganti la pastu saya plak asyik dok tido je,,nurse dtg saya tido gak ,org melawat saya tido gak..ish3 apa nak jadi la ngan saya nie,,tido je tau..sama je cam dodol tu,,tpi mmg la penat pagi2 dok buat kerja kat kilang,,tengahari tido..pastu ble bangun tido ..tok wan saya dok cerita kat suma tetamu yg dtg melawat yg saya asyik dok tido je,,saya redho lagipun mmg btul pun saya tido..malu siott!!petang c-kit kakak saya dtg teman saya tido kat hsb..dia dtg sendiri bab dia pndi bawak kete da..it all right,,


Tadaaaa habis dah karangan die …konklusinyeee..jgn memandai tulis karangan dlm laptop sy…sy tkder keje sy post jelaa…sory adik anis :3

Monday, 24 June 2013

Cukup Beratkah Ujian Kita ??


Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalamualaikum and hye readers ^_^


Alhamdulillah..akhirnya fiqa ada jugak entri baru untuk di-update di blog fiqa.. Tajuk diatas fiqa ambil dari sebuah buku yang baru fiqa bli..alhamdulillah..akhirnya dapat juga fiqa bli buku berunsur kerohanian pada tahun ini.. 
Dan tajuk buku itu :




Ya..ALLAH TIDAK PERNAH JAUH....Selepas fiqa melihat tajuk buku itu,,fiqa jadi penasaran utk membacanya..kerana tajuknya benar2 menarik perhatian fiqa.. dengan hanya melihat tajuk buku itu,,fiqa rasa hendak menangis..Oh Tuhan..ku tahu Kau tidak pernah Jauh dariku..tetapi aku yang menjauhkan diri dari Mu… Astaghfirullahalazim :’(

Pernah suatu ketika fiqa merasakan Allah tidak akan menerima taubat fiqa..fiqa selalu buat salah..bertaubat kemudian buat lagi..tetapi Allah tetap sabar menerima aduan fiqa.. Allah hadirkan kwn2 yg sentiasa mengingatkan Allah kepada fiqa..sometimes fiqa tidak redha dgn apa yg pernah berlaku..fiqa rsa sgt2 teruk..tpi satu yg fiqa tahu.. redha Allah adalah yg penting..yes,,things happen for a reason..kdg kala fiqa menangis mengingati dosa2 yang pernah fiqa buat..seriously rasa tak mampu sgt2..tpi Allah nie menunjukkan rasa syg Dia pada fiqa dgn still memberi  fiqa peluang utk bertaubat..ya betul..Allah tidak menarik nyawa kita lagi kerana Allah meberi peluang utk kita bertaubat..dan Allah tidak akn menguji hambaNya diluar kemampuan mereka..lihat ayat dibawah..


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.." Al Baqarah : 286


Maka dari ayat diatas,,jelaslah menunjukkan Allah tahu kemampuan kita dan lihatlah manusia2 yang hebat yang telah berjaya mengharunginya.. Mereka kuat dan tabah dgn semua ujian2 itu..kadangkala fiqa berasa sgt malu dengan orang2 yg kurang bernasib baik daripada kita..kdg2 kita merungut.. kdg2 kita tak bersyukur.. sdgkn penderitaan kita jauh lbh ringan dari hamba2 Allah di Palestin dan Syria..bagaimana mereka berjuang berhabis habisan utk mempertahankan Islam mereka..Allahuakbar!!! CUKUP BERATKAH UJIAN KITA wahai sahabat ?? cuba tny kepada diri kita,,cukup beratkah hingga kita perlu merungut ddan tidak bersyukur kepada Yang Esa?? Tidak malukah kita ?? menyombong diri,,,menyalahkan takdir..sedangkan kita siapa nak menyalahkan takdir ?? kita hanya insan yang kerdil yang tidak punyai kuasa apa2..fiqa ulang sekali lagi..TIDAK PUNYA KUASA APA-APA.. ye..memg didunia kita ada kuasa,,tetapi itu hanya sementara..di akhirat kelak dah tidak ada perdana menteri,,paduka agung..semua orang adalah sama disisi Allah..yang membezakannya hanya iman dan taqwa..

Allah..beratnya ujian aku..ujian kita belum cukup berat jika dibandingkan dengan ujian yang dijalani Rasulullah..ujian seperti sahabat Rasulullah alami.. kita belum teruji dengan pilihan hidup atau mati.. dan kita cuma diuji tahap keimanan kita kepada Allah.. bagaimana hendak mempertahankan Islam dan iman dalam diri kita jika hanya diuji dengan kewajipan menutup aurat kita sudah tidak mampu lakukannya! Ini ujian iman sahabat2.. kuatlah..tabahlah hadapinya..tidak salah kita hipokrit demi akhirat..tidak salah sama sekali.. kita tidak ikhlas memakai tudung..tidak mengapa yang penting kita tutup aurat..kerana lama kelamaan Allah akan detikkan dihati kita tentang betapa bahgia dan seronoknya menutup aurat.. itulah hidayah Allah..percayalahhh
Satu fiqa nak katakn bukan fiqa memandang rendah kepada orang yang tidak menutup aurat..sehingga ada yang mengatakn orang bertudung labuh memandang rendah kepada orang yang tidak memakai tudung..tidak sama sekali..fiqa hanya mengajak semua wanita muslimah menutup aurat dan membuat amal ibadah secukupnya kerana alangkah bahagianya jika kita dapat sama2 tinggal di satu tempat yang bernama Jannah !! Allah..bahagianya dan seronoknyaaa!! ^_^


Lastly…Tahukah anda setiap ujian sakit yang kita hadapi adalah penghapusan dosa kepada kita..jadi jangan bersedih..stay calm and stay strong !! hilangnya sakit bermakna ada dosa kita yang terhapus.. ok..La Tahzan wahai sahabat,,Allah bersama kita :)

Tuesday, 16 April 2013

Nikah Awal ??


Assalamualaikum and hye readers ^_^

Haha..tajuk sempoi punyaaa~~~ ok actually disebabkan ramai member2 fiqa yg dah pun membina masjid di usia yg muda so fiqa rsa mcm ada la mood skit nak cter pasal bnda nie..ok korg jgn igt bina msjid pakai bata sgala bala tuu..sbnrnya mendirikan rumah tangga atau kita ckp bernikah laaa :D walau pun nmpk mcm sengal tpi as a teenagers yg dah pun nak msok 20 tpi blum 20 okayyy ,, fiqa kne amik tahu jugak laa kannn ==’ haha..

okk,,kebanyakkan ble tanya pendapat org zaman skrg tntg nikah awal,,

Contoh dialog pertama: `hang dah gatai ka kwen awl2,,belajaq pon tak hbih lgi nak nikah dahh,,nak bgi anak bini makan pasiaqq kaa??

Dialog kedua : awat,,nak bernikh awai?? Tak sbq dah ka?? Sabaq laa,,belajaq la bgi habih dluu,,dah dpt pHD suma bru kawen,, keja suma,,buat majlis grand2… ada duit,,tak pyh pki duit mak ayah dahh..

Dialog ketiga : baguslah korang nak kwin awal..kurangkan maksiat,,dan rezeki korang pun insyaAllah bertambah..
(Haha…atudiaa,,kuaq dah kedah dia ..amekaww :3)

Tulaa,,mcm2 pendapat kann,tpi kebiasaannya dialog pertama laa..so pada pendpt fiqa la kan kwen muda tu bukanlah masalah kalau kita dah btul2 ad persiapan diri..seorg lelaki dan perempuan sebenarnya spatutnya dah ada persiapan sejak umur 18 thun lgii,,iaitu lepas SPM,,,bkn fiqa ckp,,tpi org tua2 ckp.. bukan bermaksud utk kahwin tpi utk persiapan di awal..belajar masak,mengemas,uruskan diri tu,,benda tu memang perkara wajib kott…baru tahu nak urus suami satu hari nanti..dan kalau boleh jadilah seorang anak yang solehah sbb selalunya anak yg solehah insyaAllah dpt jadi isteri yg solehah jgk :D

Dan dan ada juga ceritanya muda lgi tapi nak sgt2 kwin awal,,katanya nak elak maksiat,,memg btul nak elakkan maksiat,,tpi kalau korg tu baru umur 14 tahun,,tak ke terlalu muda,,rukun nikah pon tak belajar lgi..boleh ke kalau nak kwen..tpi tanggungjawab dalam perkahwinan nie bukan benda yang mudah..dan tak boleh diambil ringan..berat kott -.-‘ Isu mas kahwin pulak sepatutnya tak jadi masalah sbb kalau mahal sgt tak ke mcm dikata jual anak..jadi letak laa mas kahwin yang mampu pihak lelaki nak bayar.. ;) Benda baik elok dipercepatkan kan ?? ..

Macam fiqa pulak..fiqa pernahlah menanam cita-cita nak kahwin awal,,tpi bila difikir-fikir balik terlalu byk tanggungjawab yg perlu dipikul..sebagai student terbilang, mahasiswi cemerlang, isteri yang taat, anak yang baik.. so the problem is fiqa rasa mcm nak kwin nie memg kne fkir berpuluh2 kali jgk laa…tambah pulak kalau dpt suami yg dah bekerja,,takut2 dieorg tak fhm tntg fiqa yg msih belajar..dan ada bertahun2 utk hbzkan study..huhu..dapat suami yg masih belajaar mungkin mereka akan faham,,tpi mgkin juga mereka blum matang dlm membuat keputusan..nak2 pulak dpt suami gila bola…tak ke naya ==’ sepanjang masa bola,makan bola,,jenuh fiqa ..huhu..so konklusinya fiqa nak suami yg dapat memahami fiqa walaupun fiqa ni susah nak difahami,, tpi cubalah belajar memahami fiqa.. ;)

Disebabkan ramai sgt dah member2 fiqa yang dah kahwin diumur 19 tahun,,fiqa rasa mcm sgt2 teruja mereka dpt memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik..dan alhamdulillah mostly kawan2 fiqa yang dah bernikah semuanya bakal melahirkan anak dan ada yang dah pun menimang cahaya mata..fiqa sgt2 salute dengan orang2 yang berkahwin di usia muda..melihat kebahagiaan org2 yg berkhwin muda nie..fiqa salute,, memg hebat :D bukan senang kott…nampak mcm senang tpi kita tak tgung lgi..huhu..tpi fiqa sentiasa doakan kebahagiaan mereka hingga ke hujung hayat..insyaAllah sehingga Jannah ^_^


Last word from fiqa --> So kepada sesiapa yang dah menyimpan cita2 nak kwin awal..khwin jelaa kalau rasa diri dah bersedia..tentang rezeki tu Allah kan ada..percya pada rezeki Allah..insyaAllah  ;)

Thursday, 14 March 2013

5 Delta dalam kenangan ;)


Assalamualaikum And Hye Friends ^_^


Tgah2 duk usya laptop tiba2 ter usya tgok gmbar waktu zaman skolah..ok sgt selebet ==’ haha..sabo jelaaa,,,tpi sy sgt kurus ..k perasan :P
Ok2,,gmbr dkt bwah nie tak der suma ahli kelas sy pon..tpi2 mostly ada la..ok biar la fiqa describe sorg2..tpi pd pendapat fiqa jelaa..doa2 takdak classmate fiqa yg terjumpa post nie..kalau tak hbz fiqaaa..haha… kepada suma kawan2..sory tau..ini hanya gurauan semata-mata..serius fiqa sgt2 rindukan korg ;)

Ok,,mula dgn ketua kelas laa…
1.Zulhaizam-ketua kelas yg tough..haha..dan dan time nie die kaple dgn zati :P 
2.khairunnisa-keronn yg rock selalu..dan comel selalu ^_^
3.nasliana –sentiasa ayu ..ayu sleeping..ayu sleepingg…nas memg ayu sleepy :P hahha…
4.ashikin-shikin yg sentiasa tersyum..ngee :D
5.Asmaa-asmaa atlit sekolah dan sentiasa aktiff :D
6.Arifah-budak hot..muka mcm arab2 tu.. lawa kott :D
7.Iffa-peramah selalu..smile ;)
8.Dzakirah-tinggi lampai..nak tgok kne langut palaa..haha…
9.Rina-si comel yg duduk bukit Indah J hahaha..gelak mcm kartun :P
10.Hani-pendiam dan nampak garang tpi kalau knal dia suka buat lawak kot :D
11.Razan-lbih kurg mcm hani..tpi razan nie lgi suka buat lawak..haha
12.Aaina-budak tinggi jugak,,dan cantik :D
13.Izzati-zati kawan skolah rendah lgii..cantik sgt ;) time nie dia kaple dgn zam :P
14.Azirah-suka tgok dia,,sbb dia suka senyum dan baik ;)
15.Nadhirah-my bestfriend yg gila2..haha..nampak ayu tpi sbnrnya tak :P haha..kejam kan :P
16.Afiqah-student yg inovatif dan berwawasan disamping matang sentiasa :3
17.Naimah-pendiam gilaa,,taktau nak kta apaaa…tpi sbnrny dia suka buat lawakk tanpa dia sdar..haha
18.Huda-anak usatazah yg sgt garang tpi pandai gila ;D
19.Shafiqah-anak cikgu mariani..baik,pandai dan suara sedap :o
20.Wahida-pakai tudung labuh tpi perangai mcm kanak2..tpi sgt comel ;)
21.Anis-Anis,satu geng dgn wahida tpi matang skitt jee :P
22.Fatimah-perangai sebijik mcm wahida..hat jnis duk smbung penyangkut baju byk2 pztu buat kereta api dgn wahida lepas habiz kelas pjk :P

Ok dah penat type -.- tpi tak hbz lgi..bdk laki pulak ==’ huhu
23.Farizan-ketua kelas yg suka jalan jinjat2 kaki :P tpi dia kaple dgn nadhirah waktu nie :P hahha
24.Afif-cik patrick..afif ngek dan jalan ketaq2..haha
25.Wafi-kuruih keding mcm lidi..kalau tolak dgn jari trus jatuh kott…hhahah :P
26.Hafizan-suka buat lawak..penat gelak dgn dia..fiqa pgil dia along..sbb fiqa agk rapat dgn dia J
27.Fikri-fikri?? Baik dan manis orgnyaa..dan dia kaple dgn arifah time nie :P haha
28.Zakuwan-zakuwan suka buli fiqa time nie…rsa mcm nak lempang laju2 ,tpi dia kaple dgn rina time nie :P hahah..takdak kaitan ==’
29.Fahim-baik la ,ada sora serak bsah oo..haha.. time nie fahim kaple dgn munawwarah klas 5 epsilon :P
30.Haseef-dia baik dan pandai tapii paling suka tidur dlm kelass…kne kne tuang ayak dgn cikgu shoonn..haha :p
31.Farhan-raja bollywood kami niee..haha..suka nyanyi lagu hindustan..haha
32.Azmir-budak pandai biology..hebat kot dia niee…muka putih2..sok suci gituu..haha.. yeke :P
33.Hasnul-memg suka buat lawan dan loyar buruk dlm kelas kmii..dia geng pijan la..aka hafizan :D haha

Bile egt blik..memg kelakar sgtt…era2 selebet,selenge dan tak matang..haha..kne marah dgn cikgu..Kne denda sgala bagai..rindu sgt dgn dieorg niee..walau mcm2 jadi,,fiqa bersyukur dpt knal dgn dieorg..dieorg pun tlh ajar fiqa erti kehidupan..thanks korg ;)
Hope kita suma dpt jumpa lgiii..skrg nie suma blajar jauh2..dah berjaya dah sume..yang tak matang jdi matang..yang tak bpe cntik jadi cntik..dan yg biasa2 jadi hebat.. bangga sgt dgn dieorg sumaa… ^_^

Ada yg amik stpm,foundation,matrik,diploma dan degree dah ..dan2 nak kongsi la skit..kwn kami Haseef yg plg suka tidur dlm kelas tu laa..blajar plg jauh ..dkt mesir tau.. hehe..kelakar pulak bila egt dlu..tpi tulaa.. rasa mcm mimpi..mcm baru ja smlm kmi suma main lawan2 pantun,bergurau2..dgr hafizan dgn hasnul buat loyar buruk..haha :D pjam celik pejam celik dah 3 thun msa berlalu..semua dah besar dan berjaya.. rindu sgt dgn dieorgg…semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat..
jazakallah khoiran dan ukhwahfillah sahabat ^__^


5DELTA 2010
-gambar nie after kteorg hbz smbutan hari guru..kteorg buat show ooo :P hahaa..bajet gilaa…tpi memg best waktu niee…terngiang ngiang lagu generasi ku by oag 

lastly..lets enjoy this song ;)



Wednesday, 13 March 2013

Gelong ;)

Assalamualaikum and hye friends ^_^


nak bgitahu..sbnrnye harini fiqa mcm tak btul ..post byk2 skaligus..lupa password punya pasal..haha=='
soryy,,tpi best jgk ...hahaha :D
dan dan sory jgk..kpd sume pembaca sbb english sy terabur pastu tmbh plak rojak2 dgn melayu..memg perghh la kan..tpi biaq p laa..sapa suro hmpa nak baca..hahah :D
btw sy lapar..nak p mkn..k bye :D